Monday, September 30, 2013

Kuruskan badan - Pengalamanku

Bismillah.

Salam dan hola readers,

Harini tergerak hati nak share perjalanan hidup selama beberapa bulan dalam misi untuk menurunkan berat badan.hohoho.

Untuk pengetahuan umum, berat asal sebelum memulakan rejim diet ialah 103 kilo. Bapak beratnya!!! Macam2 cara dah usaha, kurangkan makan dan bersenam lebih. Tapi hasilnya turun naik. Tak dapat nak konsisten turun dan maintain kat satu2 berat tu pasal ada kalanya ponteng2 diet. So bila dia naik, nak turunkan sikit punya payah.

Ni haa gambar waktu berat giler. dari depan dari tepi dan bersama wifey. Tembamnyaaa. Rasa macam nak tumbuk2.haha



Ok, kemudian selepas menyedari yang diri sendiri semakin gemuk, dan penyakit berkaitan obesiti seperti darah tinggi makin ketara, saya pun mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu sebelum menjadi lebih parah. Ianya bermula apabila satu hari terlihat gambar sorang kawan yang mengecut selepas mengamalkan diet shake yang agak hangat di pasaran Malaysia ni. Banyak gile dia turun berbelas kilo. Saya pun tanya la dia macamana nak kurus ni dan dia pun promo la produk Herbalife. Oleh kerana nak dapat harga murah, maka saya pun jadila ahli. Dapat la harga diskaun skit. Konsep dietnya mudah, shake 2 kali dan ganti samaada sarapan, lunch atau dinner. Sambil2 tu kena minum teh dia untuk detoksifikasi dan tambah tenaga. Lepas tu kalau makan, kira kalori makanan yang kita amik. Contoh kalau sehari average badan perlukan 2000 kalori, makanlah antara 1000-1500 kalori je. Lebih kalori tu akan bakar amik daripada lemak2 dalam badan. Begitula konsepnya.

Maka minum punya minum, pendek ceritanya berjaya menurunkan 8kg dalam 2 bulan. Kemudian saya pun terus amalkan diet yang sama, tapi berat tak turun2 selepas sebulan. Kaji punya kaji jumpa jawapannya. Rupanya berat yang turun dari badan itu hanya 'gemuk air'. Nak tau lebih lanjut apa itu gemuk air, Klik sini. Link ni dalam bahasa Inggeris. Kalau tak faham sorila. 

Setelah menyedari yang berat yang hilang itu hanyalah gemuk air, agak stress juga sebab berat badan macam dah stagnant dan taknak turun selepas 2 bulan. Dalam masa yang sama, wifey jadi ahli Shaklee. Laa rupanya Shaklee pun ada set kurus juga. Memandangkan Shaklee kalau beli bole dapat komisen, maka beralihlah kepada set Shaklee. Sambil beli dapat komisen balik, okla tu. Set kurus Shaklee ada beberapa pilihan yang boleh diambil. Tapi sebab masa tu bajet, maka saya amik yang tak berapa mahal. Saya amalkan Shaklee Cinch shake, ESP, Lecithin dan Alfalfa. Nak tengok lebih detail klik Set Kurus Shaklee.

Ok memandangkan dulu dah ada pengalaman diet dengan Herbalife, maka saya amalkan kaedah diet yang sama dengan Shaklee. Shake 2x sehari. Makan nasi sekali sehari je. Cuma kali ni ada Lecithin tuk bantu percepatkan proses membakar lemak dan Alfalfa untuk detoksifikasi. Di samping itu, saya kurangkan jumlah Cinch shake yang patut diambil. Kalau ikut tin dia tu, kena amik 2 scoop tapi saya amik satu scoop je. Ini kerana saya tengok jumlah kalori satu scoop dah lebih kurang sama macam masa amik Herbalife dulu. So kalau dulu boleh tahan lapar, skang mesti bleh gak. Itulah yang membuatkan saya mengurangkan dos Cinch. Walaupun dengan satu scoop, rasanya memang masih sedap lagi2 bancuh dengan air soya. nyum nyum... Tidak dilupa juga dos yang saya amik untuk lecithin ialah sebanyak 6 biji sehari. Biasa saya makan lepas lunch memandangkan itu je masa saya makan berat. Alfalfa pun sama. Saya amik 5 biji lepas makan lunch juga. Kadang2 tu ada hari cheatday yang mana saya makan terlebih, so masa malam tu amik mama punya Omega Guard 3 biji  dan 3 biji lagi Alfalfa.

So Alhamdulillah berat turun lagi sekilo-dua dalam masa sebulan lepas guna. Sekarang masih lagi struggle nak turunkan lagi. Payah nak hilangkan lemak yang dah liat ni. hehe. Tapi kira puas hatila dapat kuruskan badan. Orang sekeliling pun nampak saya makin kurus. Minggu lepas balik kampung pun, abang ipar cakap makin kurus dari last time jumpa. Padahal masa last time jumpa tu, rasa berat banyak ni gak. Entahla. Mungkin berat otot yang bertambah menggantikan lemak. Untuk pengetahuan, Cinch dan ESP ni akan menambahkan berat otot dalam badan. Otot lebih berat dari lemak. Jadi tidak hairanlah jika berat anda tidak berkurang tapi nampak semakin kurus. Kalau betolla otot makin bertambah, maknanya sekarang saya perlu buat workout yang lebih fokus kepada pembinaan otot. Bilala agaknya nak buat ni ek? Takpe pasang niat dulu. hehehe :p

Lihat gambar di bawah dan bandingkan dengan gambar masa lebih gemuk di atas.hehe


Last sekali nak ceritakan kelebihan yang saya dapat masa minum Shaklee Cinch ni:
  • Lebih sedap
  • Masih dapat merasakan kesan mengurus sewaktu berat badan dah stagnant
  • Dapat 'membuang' dengan lebih mudah dan lancar. Boleh dikata hampir setiap pagi akan 'membuang'. Rasa syok ar sebab dulu memang payah skit.
Mungkin kesan ini dirasai oleh badan saya sahaja. Mungkin orang lain ada pengalaman mereka sendiri. Tiada niat untuk memburukkan produk lain. Ini sekadar perbandingan melalui pengalaman saya dengan dua jenama set kurus.


Jadi inilah cerita pendek perjalanan saya untuk menguruskan badan. Saya masih lagi berusaha untuk menurunkan berat badan untuk mendapatkan berat yang ideal. Jika anda ingin menurunkan berat badan juga, boleh tanya saya untuk konsultansi tidak bertauliah secara percuma.hehe

Call/SMS/Whatsapp: 0133424991
FB: Azali Musashi

8 comments:

  1. Tahniah bro..bagus ade sedar kuruskan badan untuk sehat ni....kejayaan kuruskan badan tu memang terbaikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time kasih bro.nak turun satu hal.nak kekal tu satu hal lagi. Memang usaha yang berterusan laa.haha

      Delete
  2. Terbaik.. Bukan senang nak kurus tetapi kalau guna cara kuruskan badan yang betul. Mesti boleh punya.

    ReplyDelete

article