Tuesday, October 29, 2013

Stok Shaklee habis lagi? Kami masih ada sedikit stok. Lai lai lai

Salam dan hola readers,

Dapat gambar ni hari ni. Beginilah ceritanya Shaklee ni selalu habis stok. Tau kenapa? Tentulah sebab ramai dah tau kebaikan dan keberkesanan produk2 Shaklee.
Tapi jangan risau, kebiasaanya Shaklee akan re-stok semula barang2 ni dalam masa seminggu dua kecuali barang2 yang memang tak ada seperti Herblax dan herbal blend. 2 barang ni memang taktau lagi bila stok nak sampai. Jika anda perlukan barang segera, kami masih ada beberapa botol SR Vita C, Lecithin dan Joint tablet. Hubungi kami segera untuk mendapatkan supplemen anda. Gambar di bawah ialah gambar stok yang ada dalam simpanan kami. Ada model cilik tidak berbayar. Hehe


Tuesday, October 22, 2013

Vita-C Plus 500mg dah ada stok!


Salam and hola readers,

Yeayyy bestnyer!! Alhamdulillah, setelah lebih kurang setahun tiada stok, kini Shaklee Vita-C Plus 500mg kembali menemui anda. Kenapa tiada stok? Sebab demand melebihi supply disebabkan Malaysia dilanda kejutan permintaan yang sangat tinggi skang ni. Bukan main ramai menyerbu Shaklee branch Wangsa Maju hari ni untuk merebut stok Vita-C yang baru sampai ni. Fewh!



Tak perlu cerita panjang-panjanglah tentang khasiat vitamin C. Sikit jer pasal apa kelebihan vitamin C keluaran Shaklee ni berbanding jenama-jenama lain?

  • Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya (oo0ooo00ooo inilah yang diorang semua duk sebut-sebut sustained released)
  • Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang membantu penyerapan suplemen-suplemen lain
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi sehingga 500mg setiap biji (sehari makan sebiji je dah cukup)
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam (lagi berkaitan kelebihannya yang sustained released)
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan

Dapatkan daripada kami secepat mungkin sebelum kehabisan stok lagi! Harga yang berbaloi-baloi menanti anda!


Call/SMS/Whatsapp: 0133424991 (Azali/Ima)

SID: 965181
COD area: Wangsa Maju, Gombak, Hulu Kelang, Ampang, Keramat, Setiawangsa, Setapak, Masjid Jamek, Pasar Seni, Kelana Jaya, Kota Damansara, Taman Melati, Selayang dan banyak lagi.

Monday, October 21, 2013

Khasiat & Kebaikan Alfalfa



Alfalfa Raja Segala Pokok

Kenapa Alfalfa dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan? Ini kerana Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien di mana akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah (panjangnyer!!) mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.


Antara 1001 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

1.    Merawat gangguan pencernaan
2.    Mengawal kolestrol dalam darah

3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh

4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki


Kenapa Alfalfa Shaklee istimewa berbanding produk-produk Alfalfa yang lain?
1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji  
4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
7.  Membersihkan hati dan terbaik untuk membuang toksin (detox)
8.  Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang


Pengalaman saya dengan Alfalfa dan sedikit perbandingan dengan herba Nona Roguy hehehe

Entry saya tak sah kalau tak selit pengalaman sendiri btul x? hehe. Saya mula mengambil Alfalfa sebaik sahaja lepas pantang 40 hari anak ketiga. Sebabnya masa tu saya amik set bersalin Nona Roguy (masa tu frust sikit belum tau ade set bersalin Shaklee). So katanya herba NR tak boleh campur dengan herba-herba lain. Padahal saya dah beli Alfalfa+ESP tu sebelum bersalin lagi untuk membanyakkan susu ibu. Saya excited sangat sebab bila start jer pengambilan Alfalfa. Antara sebabnya:
  • Baby poo poo lebih normal lebih kurang 2-3 kali sehari. Masa makan herba NR, setiap kali tukar pampers, setiap kali tu poo poo (6-7 kali sehari). Walopon baby tak menangis sakit perut ke apa, tapi sedikit risau tu ade sbb memikirkan kenapa setiap kali mesti poo poo. Sian perut baby.
  • Saya dan baby tak menderita berpeluh-peluh seharian. Masa tu boleh dikatakan musim panas dan masa makan NR, kami berdua akan bermandi peluh sampaikan baby demam masa umur 10 hari selama 3 hari walopon fully breastfeed. Saya tak pasti kalo NR sebabnya, tapi inilah adalah hasil pemerhatian saya kerana inilah pengalaman pertama saya ada baby yang demam masa dalam pantang dan kebetulan pulak pengalaman pertama mencuba set bersalin NR.
  • Perubahan yang paling best ialah susu ibu semakin meriah dengan Alfalfa. Susu yang saya pam setip kali pon semakin bertambah jumlahnya. Memang excited sangat. Again, walopon NR cakap herba dia untuk melancarkan susu badan, sekarang saya dah jatuh cinta dengan Alfalfa Shaklee!
Boleh baca lebih lanjut tentang pengalaman menyusu dengan set menyusu Shaklee di sini.


Salah faham tentang Alfalfa Shaklee

Pada botol Shaklee ada statement seperti di bawah ini.
“If pregnant or nursing, ask a health care professional.” (Terjemahan: "Jika mengandung atau menyusu, sila rujuk pakar perubatan")


Eh, kata alfalfa untuk ibu menyusu? Milk booster katanya..tapi kena consult health care plak..bahaya ke sebenarnya Alfalfa ni? Haa ni la nak clearkan segala kemusykilan anda sama ada Alfalfa ni baik atau tidak untuk ibu menyusu. Jangan risauuuu...Alfalfa sebenarnya telah digunakan sejak berzaman lagi sebagai milk booster. Ia memang sudah terkenal di barat dengan fungsinya untuk meningkatkan susu ibu. Kenapa label tu cakap tak sesuai untuk ibu menyusu pulak? Sebenarnya, label tersebut ditulis begitu kerana ujian terhadap alfalfa tak dibuat ke atas ibu mengandung dan menyusu. Menurut undang-undang pelabelan, produk yang mana ujian klinikal tidak dijalankan ke atas golongan hamil dan menyusu bayi, harus memasukkan pernyataan tersebut di dalam labelnya. Shaklee mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan bagi menjaga kredibiliti dan kualitinya. Oleh itu, beberapa produk seperti Alfalfa, Omega Guard dan Vivix dilabelkan sedemikian bagi mematuhi rules & regulation ini. OK? Harap dapat menjelaskan segala kemusykilan anda yer!! :)


Cara makan Alfalfa Complex Shaklee

Kalau di pakcik google ni, anda akan jumpa macam-macam version cara pengambilan Alfalfa Complex Shaklee. Tak kisah macam mana pon, terpulang dan anda bebas mengikut kesukaan anda asalkan mengikut cara yang betul (tu yang bestnyer). Berikut cara-cara makan Alfalfa sebagai panduan tambahan:-
  • Untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan Alfalfa Shaklee ni, cuba mulakan dengan dos yang sedikit seperti 2 biji pagi dan 2 biji tengah hari
  • Bila dirasakan sesuai dengan diri anda, boleh tambahkan dos untuk mencapai kesan yang lebih efektif dan optimum (ingat paling banyak 10 biji je sehari yer)
  • Digalakkan mengambil pada waktu siang kerana pengambilan suplemen memerlukan anda untuk minum banyak air untuk keberkesanannya. Jika anda makan dan tidur, sudah tentulah anda kurang minum air pada waktu tidur anda kan
  • Boleh dimakan ketika perut kosong
  • Tidak digalakkan makan bersama vitamin E kerana boleh mengganggu penyerapan vitamin tersebut
OK lah. Jika ada kemusykilan lagi boleh saja taip2 sikit dan hantar kepada kami. Kami sudi menjawab setakat kami mampu.

Amaran: Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Call/SMS/Whatsapp: 0133424991 (Azali/Ima)
SID: 965181
COD area: Wangsa Maju, Gombak, Hulu Kelang, Ampang, Keramat, Setiawangsa, Setapak, Masjid Jamek, Pasar Seni, Kelana Jaya, Kota Damansara, Taman Melati, Selayang, Sentul, Bukit Antarabangsa dan banyak lagi.

Sunday, October 20, 2013

Promosi Shaklee Collagen Powder Oct 2013!!!

Salam and hola readers,

Promosi Shaklee Collagen Powder sehingga 31 October 2013!

- Untuk mengembalikan keanjalan kulit
- hilangkan kedutan
- mengurangkan jeragat dan pigmentasi
- melembapkan kulit
- meningkatkan kesihatan sendi

Beli 6 PERCUMA 1!!!


Jangan malu-malu terus hubungi kami yer selagi stok masih ada. Jangan menyesal kemudian pula :p




Call/SMS/Whatsapp: 0133424991 (Azali/Ima)
SID: 965181
COD area: Wangsa Maju, Gombak, Hulu Kelang, Ampang, Keramat, Setiawangsa, Setapak, Masjid Jamek, Pasar Seni, Kelana Jaya, Kota Damansara, Taman Melati, Selayang dan banyak lagi.

Saturday, October 12, 2013

Kenapa susu awal ibu sikit sangat?


Salam and hola readers,

Topik kali ini memang menarik perhatian ibu-ibu baru dan bakal-bakal ibu di luar sana. Kenapa susu awal ibu sikit sangat yer? 

Susu macam tak nak keluar jer...

Pada peringkat awal kelahiran, pengeluaran susu ibu mengambil sedikit masa dan rangsangan hisapan daripada bayi sendiri (stimulation). Susu awal yang keluar adalah sangat sedikit tetapi sangat berkhasiat. Kenapa begitu? 
  • Kerana saiz perut bayi anak juga sangat kecil sekecil kacang peas. Jadi, jumlah susu anda yang sedikit itu sudah cukup untuk mengenyangkannya. Pada peringkat ini, bayi memerlukan penyusuan yang kerap sekitar setiap 2 jam.
  • Kerana susu awal ibu (sehingga hari ke 5) mengandungi kolostrum yang menjadikannya sangat pekat dan berwarna kekuningan. Kolostrum sangat penting sebagai sumber protein dan juga antibodi pertama bayi.
So, ibu-ibu semua jangan risau dan jangan cepat melatah atau berputus asa. Seboleh-bolehnya jangan beri susu formula kepada bayi disebabkan oleh situasi ini. Ini adalah sangat normal. Boleh rujuk gambar ni untuk dapat gambaran saiz perut baby dan jumlah susu yang diperlukan.



Thursday, October 10, 2013

Posting sambil nunggu giliran

Salam and hola readers,

Harini gi Shaklee Wangsa Maju nak beli barang tuk customer. Ngantuk nyer pasal,maka saya pun buatla entry ni.hehehe

Lagipun ni entry first time guna tepon.saje nak test guna app Blogger. Sapa nak try blogging guna fon, download je dari Google Play. Setakat taip 2 perenggan ni okla.hehe

Berbalik pada cite Shaklee, harini gi branch pukul 11 pagi. Dapat nombor 88!!!!! Maka saya buat keputusan tuk datang semula. Maka berangkatlah diri ini ke Cheras untuk beli baju karate baru.yuhuu.

Lepas tu kembali balik ke wangsa maju. Masa tu kul 3 dah. Tau baru nombor brape? 57! Tiga jam baru 20 nombor. Pening.

Pegila solat jap kat surau berdekatan. Alhamdulillah kembali semula nombor dah 71. Rupanya ramai orang dah balik. Beginilah keadaan seharian di Shaklee. Sibuk saja. Maklumla dah ramai orang tau kelebihan Shaklee. Kadang2 sampai abes stok.

Inilah saja entry untuk waktu ini. Sapa2 nak jadi ahli bawah saya bole sms/whatsapp/call 0133424991 atau PM page kami di facebook Shaklee Rocks. Maaf tak dapat buat direct link pasal guna fon.tak habis kaji lagi.

Kelebihan bawah saya? Saya rajin ke wangsa maju pasal dekat dgn rumah. Nanti saya bole belikan barang anda. Anda tak perlu ke wangsa maju dan tak perlu beli online. Dapat jimat duit minyak dan duit pos. Hehe. Ni utk kawasan lembah kelang terpilih saja ye. Utk luar kawasan, pos ikut kos poslaju.Masih jimat jika berat tak sampai sekilo. Maklumat lanjut bole tanya terus ke fb page atau nombor di atas.

Sekian. Sampai ke lain kali. Senyummmm :)

Monday, October 7, 2013

Set Menyusu Shaklee

Bismillah,

Salam dan hola readers,

Kali ni ada entry dari wifey lak berkongsi pengalaman guna set susu ibu Shaklee. Happy reading yer. Semoga bermanfaat.


Entry ni memang agak lama terperap. Tapi takpe, demi menceritakan pengalaman indah saya dalam dunia breastfeeding, saya gagahkan jua untuk pos pada hari ini.


Qudwatunnajah turned 8 months! Alhamdulillah pejam celik pejam celik anak ketiga saya sudah pon mencecah 8 bulan. Dan yang paling mengujakan ialah inilah PENGALAMAN PERTAMA breastfeed sepenuhnya secara ekslusif sampai umurnya 6 bulan dan sehingga hari ini pon masih fully breastfeed di samping makanan awal baby. Stok susu pon masih banyak lagi dalam deep freezer. Saya highlightkan pengalaman pertama sebab kakak-kakak najah xpernah full breastfeed smpai 4 bulan pon. Ini semua dengan keizinan dari Allah yang maha berkuasa. Nak tahu apa rahsianya? Teruskan membaca.

article