Thursday, February 20, 2014

Anak2 pon jual Shaklee

Salam n hola reader,

Haritu tengah lepak2 tengok tv, tiba2 nampak anak amik botol2 Shaklee yang dah kosong (yer kami sekeluarga dah makan Shaklee sebanyak itu malah lebih lagi.hehe) , lepas tu susun semua atas kerusi dan mula menjual. Kreatif sungguh!

Kami tak ajar pun. Tiba2 mereka dah pandai jual2. Ini ada bakat nak jadi Independent Distributor Shaklee berjaya niii. Cewahhh! 

Dialog kami:

Mariah: Nah daddy alfalfa. lima ringgit
Daddy: Takleh murah sikit ker?
Mariah: Boleh
Daddy: Takpela nahh duit
Mariah: Terima kasih

Kami pun beli la dengan anak2 ni. Mummy daddy jual Shaklee susah2. Diorang senang2 jer jual botol kosong kat mummy daddy.haha

Moral of the story, anda tak perlu mainan mahal2 untuk nurture minat anak2. Benda murah2 pun dah boleh guna untuk mereka belajar. Banyak lagi benda2 yang tak mahal yang kami buat dirumah untuk anak2. Nanti kami share yer.

Semoga menjadi usahawan berjaya wahai anak2 ku. Ameenn

Wednesday, February 19, 2014

Lelaki jual Shaklee?

Salam n hola readers,

Orang sekarang ramai cakap jual Shaklee ni keje orang pompuan jer. keje makcik2 jer. Mungkin ada benarnya bila kita tengok ramainya golongan hawa yang terjebak di dalam perniaagaan ini. Mungkin kerana mereka mencari kebebasan kewangan atau cuba untuk menjaga anak2 sepenuh masa dirumah. Apa pun, itulah antara sebabnya kenapa industri ni dikuasai oleh orang perempuan.

Jadi adakah ini bermakna lelaki tak boleh buat benda ni?

Jawapannya boleh. Even sebenarnya dahulu orang lelaki yang lebih dahulu menguasai bisnes Shaklee ni. Mungkin orang lelaki ada kelebihan yang lain di dalam Shaklee ni. Mungkin kita tak berapa sesuai nak promo set menyusu ke ibu2, tapi ada banyak gile barang lain yang kita bole promo. Contohnya

- ESP dan Performance untuk orang aktif bersukan
- Vivix untuk membantu berhenti merokok
- Set2 untuk darah tinggi 
- Set untuk kencing manis
- Set kurus
- Set kesihatan optimum

dan berbagai bagai bagai lagi.

Kalau kata ramai sangat dah jual ni, kita cuba la fokus ke kawasan yang orang lain tak jual. Kalau ikut istilah marketingnya blue oceans strategy; dikala semua orang menjual di laut merah, kita menjuallah di laut biru yang orang tak masuk lagi. InsyaAllah ada market. 

Jika anda mempunyai keinginan untuk: 
- dapat duit lebih
- bebas hutang
- nak bekerja sendiri
- kerja dari rumah

Inilah antara kerja yang anda boleh pilih. Kalau orang lelaki dapat berganding bahu dengan isteri untuk menjual lagi terbaekkk. Dapat kaver sume area. Alhamdulillah saya dan isteri dah melakukannya hampir setahun. Kami sekarang berada pada rank supervisor. Niat asal yang hendak mencari duit lebih, kini kami nak cuba fokus untuk buat sepenuh masa dan berjaya dalam bisnes ini.

Jika kita yakin kita boleh melakukannya, semuanya tidak mustahil. Yang penting kena usaha dan bertawakal.

Tengok gambar bawah tu. Masih ada golongan adam yang berminat nak buat bisnes Shaklee ni. Kredit to wondermum sebab buatkan gambar cantik tu. hehe.

Hubungi kami jika berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bisnes Shaklee. InsyaAllah kami akan cuba membantu.

p/s: ini bukan posting kelelakian sahaja. kang marah pula golongan feminis. peace uols :)


Gambar sharing session a.k.a Magic Session support group kami



Herblax in da house!!

Salam n hola readers,

Harini pegi branch Shaklee Wangsa Maju. Syok gilerrr takde orang hari ni. Masuk2 dapat terus oder. Rasa last time dapat merasa ni tahun lepas kot. Lepas tu memang paling koman tunggu 20 minit. Paling lama datang amik nombor pagi, petang datang balik kena tunggu lagi sejam.hoho memang kejam. Itula tahap hotnya barang2 Shaklee ni.

Ooopss tershashul jauh. Nak cite harini borong Herblax je.hehe.Semalam saya dah pegi tapi habis. Boleh bayang tak dapat SMS hari Senin, hari selasa datan cakap dah takde stok. Seb baik dia cakap harini dia akan restok semula. Hasilnya seperti gambar di bawah. yuhuuuu!! Walaupun nampak banyak dalam kotak tuh, tapi 6 darinya sudah berpunya. So cepat2 seblom kami habes stok dan Shaklee pon habis stok lagi.

Amalkan Herblax terutamanya jika anda ada masalah nak membuang air besar. Orang nak diet pon amat digalakkan untuk proses pembuangan toksik. Selamat mencoba!



Call/SMS/Whatsapp: 0133424991 (Azali/Ima)


SID: 965181

COD area: Wangsa Maju, Gombak, Hulu Kelang, Ampang, Keramat, Setiawangsa, Setapak, Masjid Jamek, Pasar Seni, Kelana Jaya, Kota Damansara, Taman Melati, Selayang, Bukit Antarabangsa, Sentul dan banyak lagi.


Tuesday, February 18, 2014

Magic session dan mini gathering Shaklee Wondermum Network

Salam dan hola readers,

Alhamdulillah pada Sabtu lepas saya dan wifey diberi peluang oleh leader kami untuk berkongsi sedikit pengalaman di dalam Magic session dan mini gathering Wondermum Network. Event tu dibuat di Puri Pujangga Hotel dekat dengan UKM Bangi. Wondermum Network ni nama group leader kami la. Kami pun ada group tersendiri. Tapi ahlinya masih kecil. InsyaAllah akan berkembang biak tidak lama lagi. Aminnn...

Untuk sharing session tu, walaupun rasanya takdela banyak mana ilmu ni tapi rasa gembira la juga dapat berkongsi sikit pengalam peribadi dalam sesi tu. Malu2 juga sebab dah lama tak berucap depan orang ramai camtu. Rasa gedik2 gitu.hihi. Kami berharap sangat ada yang terkesan dari sharing session kami tu. Saya especially suka sangat kalau ada orang yang termotivasi akibat daripada perbuatan atau percakapan saya.


 Todiaaa wifey tengah bersyarah

Ni saya plak tengah berceramah

Ni lah salah satu kelebihan group kami ni. Kami mempunyai support group yang sangat baik. Setiap pertanyaan ada jer orang nak jawab dan nak kongsi pengalaman. Sebenarnya sesi Sabtu lepas tu hanya salah satu event yang besar. Selalunya kami akan berinteraksi dalam Whatsapp dan juga FB group. Jadi kami tidak la terasa macam kena buat benda2 ni sendiri. 

Seperti kebanyakan orang lain, mula2 jadi ahli Shaklee ni sebab nak dapat harga ahli dan makan sendiri jer. Lepas tu terus minat nak berbisnes sebab kami jatuh cinta dengan produk2nya dan yakin dengan hasilnya. Memang bukan scam lah bisnes ni. Orang atas kena kerja untuk bina dan bantu orang bawah. Memang bukan goyang kaki sambil makan hasil orang bawah kalau duduk kat atas tu.

Nak dapat pendapatan sampingan atau lumayan tu bergantung pada masing2. Macam kami mula2 dulu target nak dapat 5-6 ratus jer pendapatan tambahan. Alih2 dah cecah 4 angka. Alhamdulillah semuanya rezeki dari Allah. 

Jadi kalau ada yang berminat nak join bisnes Shaklee ni, insyaAllah kami sedia membantu untuk kita semua berjaya.

Nah gambar2 lain yang diambil masa event tu.


 Makanan pon sodap

 Leader tengah wat sharing
Hadirin yang hadir. Saya takdela dalam tu. Sume pompuan je. Malasla nak masuk. kikiki




Hubungi kami kalau berminat yer. Can't wait to see you!



Monday, February 17, 2014

Pengalaman test sendiri CoQ Health Plus

Salam n hola readers,



Entry kali ni nak share berkenaan pengalaman saya menggunakan CoQ Health Plus. Jika nak tau lebih lanjut mengenai CoQ Health, boleh baca post kami yang terdahulu - Klil CoQ Health Plus

Selalu orang promo CoQ Health ni untuk orang yang ada masalah jantung atau keletihan.So saya dan wifey terasa nak cuba sendiri CoQ Health ni haritu sebab nak rasa apa efeknya ke atas orang yang rasa diri mereka takde masalah jantung atau masalah kesihatan lain. Harap2 memang takde masalah. Aminnn...hehe

Kami mula ambil CoQ ni belah malam sebab belah siang kami ada banyak suplemen lain nak kena telan. Vitalea, B complex, Vit C, lecithin, alfalfa dan banyak lagi. Jadi belah malam ni la yang kami paling kurang makan supplemen. lagipun CoQ ni mengandungi Vitamin E. Perlu dielakkan untuk dimakan bersama alfalfa untuk mengelak masalah penyerapan ke dalam tubuh bada.

Berbalik kepada pengalaman kami, untuk saya, saya rasa saya mula merasai kesannya selepas 2-3 hari memakannya. Apa yang saya perasan ialah pada kebiasaannya kalau nak bangun pagi niiii siksanya laaa. Set alarm tu sampai 5 selang 10 minit bunyi.

Jadi banyak orang yang ada perangai ni akan tau bahawa mereka selalunya akan lambat atau kelam kabut untuk pegi keje. Jadi apa yang saya rasa selepas beberapa hari ialah, apabila alarm pertama berbunyi, dengan mudahnya saya bangun dan terus duduk. Pastu terus bersiap2 tuk melakukan segala rutin pagi. Mula2 saya agak aneh. Keesokan harinya saya cuba lagi dan memang berhasil. 

Nak dijadikan cerita, dalam seminggu yang lepas ni saya lupa nak makan CoQ. Naik atas katil terus tido jer. Letih sebab banyak keje kot. Baru harini saya perasan bahawa tabiat buruk ni telah kembali. huhuhuhu. InsyaAllah akan try tuk start makan semula.

Untuk wifey plak, dia kena jalan kaki dari LRT masjid jamek ke ofis dia. Jarak tu dalam 200 meter gak kot. So dia pun selalu akan jalan laju2 supaya dia dapat cepat sampai (samala masalah snooze tadi.hihihi). Seperti saya, dia pun perasan sesuatu selepas beberapa hari cuba CoQ ni. Dia kata dia dah tak tercungap2 sebab jalan laju sangat dari stesen LRT ke ofis dia. Dia pun dah seminggu ni tak makan tapi saya lupa nak tanya adakah dia ada penat bila jalan kaki ke ofis tu. Nanti la tanya. Siapkan entry ni dulu. 

Kesimpulannya, ia ada manfaat yang baik untuk orang yang rasa takde masalah jantung macam kami. Tentunya ia bagus untuk orang yang ada masalah. Selalulunya orang ada masalah jantung ni dia senang penat, cepat berpeluh,atau berpeluh waktu sejuk dan peluh di tapak. So kalau anda ada masalah2 seperti ini, mungkin boleh cuba. Dengan izin Allah ia dapat membantu. Tapi kalau nak try, kasi tanya doktor dulu yer. CoQ ni bukan ubat untuk ganti ubat doktor. Ia hanya sebagai membantu. 

Kalau nak boleh hubungi kami. Kami ada ready stok. Selamat mencuba!!

Call/SMS/Whatsapp: 0133424991 (Azali/Ima)


SID: 965181

COD area: Wangsa Maju, Gombak, Hulu Kelang, Ampang, Keramat, Setiawangsa, Setapak, Masjid Jamek, Pasar Seni, Kelana Jaya, Kota Damansara, Taman Melati, Selayang, Bukit Antarabangsa, Sentul dan banyak lagi.

Berminat nak jadi ahli dan membuat pendapatan sampingan atau menjana pendapatan sehingga 6 angka? Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut.



Herblax dah ada stok semula!!!!!

Salam n hola readers,

Ni haa dapat message dari Shaklee:

RM0.00 Shaklee: We are pleased to inform that 11007 Herb Lax is now available at all branches. Thank you.




Herblax dah ada stok balik yer setelah menghilang selama 2-3 bulan. Nanti kami nak gi borongggggg. Sape2 nak bleh PM kami laju2. Barang2 hot ni cepat habis. Jangan ketinggalan.

Untuk yang taktau Herblax ni tuk apa, keguaan utamanya untuk memudahkan proses buang air besar. So amat sesuai untuk orang yang diet sebab ia akan membuang segala kekotoran dalam perut tu. Lagi cepat najis keluar, perut lagi mudah kempis.


COD area: Wangsa Maju, Gombak, Hulu Kelang, Ampang, Keramat, Setiawangsa, Setapak, Masjid Jamek, Pasar Seni, Kelana Jaya, Kota Damansara, Taman Melati, Selayang, Bukit Antarabangsa, Sentul dan banyak lagi.


Tuesday, February 11, 2014

Vitalea mudah larut

Salam dan hola readers,

Meh tengok skit video yang menunjuakkan Vitalea ni amat cepat larut. Kesimpulannya, selepas beberapa minit Vitalea ni dah hampir larut walhal vitamin diseblahnya tu masih ada solid lagi. 

Apa pentingnya vitamin yang kita makan ni perlu larut? 

Vitamin perlu larut segera agar ia dapat diserap ke dalam saluran darah. Jika sesuatu vitamin yang kita ambil lambat untuk larut atau tidak larut sepenuhnya, kemungkinan ia akan menyebabkan vitamin itu tidak dapat diserap ke dalam badan dan akan dikeluarkan dari badan tanpa diserap sepenuhnya. Jadi rugila makan vitamin jika khasiatnya tidak diserap badan.

Dulu saya pernah tengok orang buat perbandingan dengan Obimin. Obimin lagila lama nak larut berbanding vitamin yang diguna dalam video ni. Enjoy :)




article