Friday, March 29, 2013

Transaksi Tabung Haji guna Maybank

Beberapa minggu lepas aku baru tau yang Maybank(MBB) dah boleh nak buat transaksi Tabung Haji. Punyala slow pengetahuan am ku!!! Hahaha. Selama ni aku ingat Bank Islam dengan Bank Rakyat jer yang boleh link dengan TH, rupanya MBB pun dah boleh.

Sebabnya ialah selama ni tak menyimpan. Kalau simpan pun, duit tu lepak je dalam almari sampai la satu masa yang aku rasa nak pegi barula aku masukkan dalam TH. Jadi bila lambat simpan ni paham-pahamla, penyudahnya duit tu habis dibelanjakan. Maka tak masuk la TH.

Ada dua cara nak buat transaksi di MBB ni. Satu guna ATM atau CDM. Korang boleh baca sendiri caranya di sini. Kalau ikut kefahaman aku, kena register kat ATM segala maklumat TH dulu. Pastu baru boleh nak masuk duit, keluar duit dan daftar haji. Masuk duit dan keluar duit kena caj RM1.00 setiap transaksi. Daftar haji ni aku tak pasti macamana prosesnya sebab setau aku selama ni nak daftar kena daftar melalui kaunter di TH atau mana-mana bank yang mengambil bahagian. Kalau ikut page m2u tu dia kata boleh register kat ATM. Jadi sapa nak cuba bolehla cuba. 

Cara kedua pulak ialah untuk orang yang nak menyimpan je di TH guna m2u terus. Jadi lebih jimat masa. Tak payah nak beratur panjang-panjang kat kaunter TH. Parking pun belum tau ada lagi. Jadi disini aku nak share cara nak buat transfer guna m2u sebab tak jumpa kat official site m2u.
article