Monday, December 23, 2013

Mengapa kita memerlukan seupplemen tambahan?

Salam dan hola readers,

Saya ingin menceritakan mengapa kita semua memerlukan suppleen terutamanya di dalam zaman yang penuh kemodenan ini. Jika kita lihat sekarang ini, dunia sudah berubah. Segalanya bergerak dengan lebih cepat. Dari pembangunan teknologi hinggalah kepada gaya hidup manusia. Mari kita lihat beberapa sebab mengapa anda memerlukan supplemen:
  • Kita sering terdedah kepada pencemaran alam sekitar – cuba lihat disekeliling kita berapa banyak pencemaran alam sekitar. Beberapa tahun kebelakangan ini saja dan beberapa kali jerebu berlaku di Malaysia. Itu belum kira lagi pencemaran air, bunyi dan pencemaran didalam rantai makanan seperti ikan dan sayur yang mungkin tercemar dan terjejas. Pencemaran2 ini boleh mengundang kepada kerosakan system dalam badan. Supplemen yang kita ambil adalah agar ia dapat digunakan untuk memperbaiki kerosakan2 yang telah berlaku dalam badan kita akibat pencemaran.
  • Badan memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrient – Walaupun ada antara kita yang makan dengan seimbang, tapi adakalanya zat yang terkandung tidak mencukupi berbanding keperluan badan. Terdapat juga zat yang diperlukan bada tapi tidak dapat diperolehi melalui makanan seharian kita.
  • Gaya hidup tidak sihat – apabila zaman semakin pantas, kita juga akan bekerja dengan pantas agar dapat mengejar perubahan yang berlaku. Ini menyebabkan kita beralih daripada makanan seimbang kepada makanan segera. Kita juga tiada masa atau sanga sedikit masa untuk bersenam. Tekanan pula akan menyebabkan kita menginkan perkara yang tidak sihat seperti pengambilan alcohol dan merokok.
  • Gangguan serapan nutrisi daripada makanan – Ramai yang gemarkan makanan dan minuman yang boleh mengganggu serapan nutrisi kedalam badan. Antaranya minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman bergas. Makanan pula yang mempunyai kandungan kolesterol dan lemak yang tinggi.
  • Kehilangan nutrient dalam makanan – Kita sedia maklum nahawa di Malaysia, kita suka masakan bergoreng atau memasak makanan terlalu lama. Contohnya, banyak nutrient di dalam ikan akan hilang dan rosak apabila digoreng terlalu lama. Sayur yang dimasak terlalu lama sehingga sangat layu juga akan merosakkan zat2 didalamnya.
Mungkin ada yang akan mempersoalkan, orang dulu2 takde pon makan2 supplemen ni tapi sihat je. Apakah pada zaman dahulu ada pencemaran seperti sekarang? Adakah orang dulu banyak duduk saja dipejabat atau bekerja membanting tulang dengan berkebun/bersawah dan sebagainya? 

Apakah orang zaman dulu banyak makan makanan bergoreng? Jadi kita tidak boleh samakan gaya hidup zaman dahulu dengan gaya hidup kita sekarang.

Diatas ni hanyalah beberapa sebab saja mengapa kita memerlukan supplemen untuk kesihatan seharian. Kekurangan nutrient penting dalam badan boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan. Jadi adakah anda rasa nutrient anda mencukupi? Jika ya, fikir sekali lagi.  Mungkin kita tidak dapat merasakannya sekarang kerana kita masih muda. Kesannya hanya dapat dilihat apabila tua kelak dimana kita lebih mudah untuk mendapat sakit.


Ubahlah gaya hidup untuk kesihatan yang lebih baik dimasa hadapan.


Call/SMS/Whatsapp: 0133424991 (Azali/Ima)

SID: 965181

COD area: Wangsa Maju, Gombak, Hulu Kelang, Ampang, Keramat, Setiawangsa, Setapak, Masjid Jamek, Pasar Seni, Kelana Jaya, Kota Damansara, Taman Melati, Selayang, Bukit Antarabangsa, Sentul dan banyak lagi.


Berminat nak jadi ahli dan membuat pendapatan sampingan atau menjana pendapatan sehingga 6 angka? Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut.


Tuesday, December 3, 2013

Kelebihan OmegaGuard Shaklee

Salam dan hola readers,

Promosi Shaklee bulan ini ialah buy 6 free 1 OmegaGuard



Mula2 jom kita tengok apakah ciri2 Shaklee OmegaGuard yang jadikan ianya lain dari yang lain.
  • Ultra tulen dan gred farmaseutikal - OmegaGuard dibuat dari dengan melakukan penapisan sebanyak 3 kali di peringkat molekul dimana ia mengeluarkan bahan berbahaya seperti mercury dan plumbum yang biasa ditemui dalam banyak jenis ikan terutamanya ikan laut dalam.
  • Minyak ikan terbaik didunia - OmegaGuard mengandungi 7 jenis asid lemak omega-3 yang terhasil secara semulajadi; EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. EPA berguna untuk jantung dan sendi sementara DHA adalah bahan kritikal untuk perkembangan otak. Satu hidangan OmegaGuard mengandungi 1000mg asid lemak Omega-3 termasuk DHA dan EPA




Friday, November 29, 2013

Tanda2 kurang zat dalam badan

Salam dan hola readers,

Nak share sikit tanda2 yang anda mungkin alami akibat kekurangan zat atau nutrient dalam badan
  • Penuaan pramatang – pada badannya atau muka ada tanda2 seperti sudah tua. Pernah tengok orang yang baru berusia 30-an tapi wajahnya seperti 5 atau 10 tahun lebih tua? Atau pernah lihat orang muda tapi banyak beruban?
  • Kelesuan – badan sentiasa rasa lesu dan tidak bermaya walaupun selepas makan atau selepas tidur dan berehat. Badan akan rasa letih lebih cepat walaupun hanya melakukan aktiviti ringan
  • Mudah mendapat penyakit dan jangkitan – Senang cerita, orang kurang zat memang akan sangat senang sakit. Biasanya batuk, selsema dan demam.
  • Rambut gugur – rambut di kepala menjadi semakin halus walaupun pada usia muda
  • Osteoporosis – Penyakit tulang rapuh akibat kekurangan kalsium. Biasanya penyakit ini pasti aka nada apibila usia semakin meningkat. Tapi dengan kurangnya pengambilan kalsium, kini penyakit ini dapat dilihat dalam golongan yang lebih muda
  • Kulit bermasalah – Kulit tidak cantik, bersisik, eczema, kusam dan sebagainya


Ini hanyalah beberapa contoh yang biasa berlaku. Banyak lagi tanda2 lain yang boleh kita perhatikan akibat kekurangan zat. Adakah anda mengalami apa2 masalah di atas? Tahukah anda bahawa mungkin anda masih tidak dapat khasiat mencukupi dengan makanan seharian sahaja?

Dapatkan supplemen Shaklee, antara yang terbaik didunia hanya daripada kami dengan harga istimewa 


Call/SMS/Whatsapp: 0133424991 (Azali/Ima)

SID: 965181

COD area: Wangsa Maju, Gombak, Hulu Kelang, Ampang, Keramat, Setiawangsa, Setapak, Masjid Jamek, Pasar Seni, Kelana Jaya, Kota Damansara, Taman Melati, Selayang, Bukit Antarabangsa, Sentul dan banyak lagi.

Berminat nak jadi ahli dan membuat pendapatan sampingan atau menjana pendapatan sehingga 6 angka? Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut.


Thursday, November 7, 2013

Kenali Vivix dan fungsinya

Salam dan hola readers,


Harini nak cerita sikitla pasal Vivix ni. Vivix ialah produk revolusinari anti-penuaan pada tahap selular yang terbaik didunia.

Vivix mengandungi campuran unik botani Polyganum Cuspidatum, Aggur Muscadine, Elderberri Eropah dan lobak ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fotokimia yang terdiri dari sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti penuaan.

Vivix memberikan impak kepada 4 mekanisma penting penuaan pada tahap selular.
  • Kerosakan DNA – tubuh diserang setiap hari dengan serangan yang boleh merosakkan DNA. Setiap serangan menghasilkan ‘typo’ atau kesilapan dari yang asal yang mana ia akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan dalam Vivix akan melindungi dan memperbaiki selular DNA.
  • Pengawalan genetic – menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap selular. Dalam kajian klinikal, Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetic utama yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular.
  • Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel – Didalam sel terdapat Mitochondria yang menjana tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan Mitochondria menurun, tahap tenaga akan menurun. Ramuan Vivix akan menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel.
  • Penimbunan protein AGE (Advanced Glycation End Products) – Penimbunan protein AGE menyebabkan kerosakan tahap selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Vivix adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan pembentukan protein AGE.

Tuesday, October 29, 2013

Stok Shaklee habis lagi? Kami masih ada sedikit stok. Lai lai lai

Salam dan hola readers,

Dapat gambar ni hari ni. Beginilah ceritanya Shaklee ni selalu habis stok. Tau kenapa? Tentulah sebab ramai dah tau kebaikan dan keberkesanan produk2 Shaklee.
Tapi jangan risau, kebiasaanya Shaklee akan re-stok semula barang2 ni dalam masa seminggu dua kecuali barang2 yang memang tak ada seperti Herblax dan herbal blend. 2 barang ni memang taktau lagi bila stok nak sampai. Jika anda perlukan barang segera, kami masih ada beberapa botol SR Vita C, Lecithin dan Joint tablet. Hubungi kami segera untuk mendapatkan supplemen anda. Gambar di bawah ialah gambar stok yang ada dalam simpanan kami. Ada model cilik tidak berbayar. Hehe


Tuesday, October 22, 2013

Vita-C Plus 500mg dah ada stok!


Salam and hola readers,

Yeayyy bestnyer!! Alhamdulillah, setelah lebih kurang setahun tiada stok, kini Shaklee Vita-C Plus 500mg kembali menemui anda. Kenapa tiada stok? Sebab demand melebihi supply disebabkan Malaysia dilanda kejutan permintaan yang sangat tinggi skang ni. Bukan main ramai menyerbu Shaklee branch Wangsa Maju hari ni untuk merebut stok Vita-C yang baru sampai ni. Fewh!



Tak perlu cerita panjang-panjanglah tentang khasiat vitamin C. Sikit jer pasal apa kelebihan vitamin C keluaran Shaklee ni berbanding jenama-jenama lain?

  • Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya (oo0ooo00ooo inilah yang diorang semua duk sebut-sebut sustained released)
  • Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang membantu penyerapan suplemen-suplemen lain
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi sehingga 500mg setiap biji (sehari makan sebiji je dah cukup)
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam (lagi berkaitan kelebihannya yang sustained released)
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan

Dapatkan daripada kami secepat mungkin sebelum kehabisan stok lagi! Harga yang berbaloi-baloi menanti anda!


Call/SMS/Whatsapp: 0133424991 (Azali/Ima)

SID: 965181
COD area: Wangsa Maju, Gombak, Hulu Kelang, Ampang, Keramat, Setiawangsa, Setapak, Masjid Jamek, Pasar Seni, Kelana Jaya, Kota Damansara, Taman Melati, Selayang dan banyak lagi.

Monday, October 21, 2013

Khasiat & Kebaikan Alfalfa



Alfalfa Raja Segala Pokok

Kenapa Alfalfa dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan? Ini kerana Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien di mana akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah (panjangnyer!!) mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.


Antara 1001 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

1.    Merawat gangguan pencernaan
2.    Mengawal kolestrol dalam darah

3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh

4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki


Kenapa Alfalfa Shaklee istimewa berbanding produk-produk Alfalfa yang lain?
1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji  
4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
7.  Membersihkan hati dan terbaik untuk membuang toksin (detox)
8.  Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang


Pengalaman saya dengan Alfalfa dan sedikit perbandingan dengan herba Nona Roguy hehehe

Entry saya tak sah kalau tak selit pengalaman sendiri btul x? hehe. Saya mula mengambil Alfalfa sebaik sahaja lepas pantang 40 hari anak ketiga. Sebabnya masa tu saya amik set bersalin Nona Roguy (masa tu frust sikit belum tau ade set bersalin Shaklee). So katanya herba NR tak boleh campur dengan herba-herba lain. Padahal saya dah beli Alfalfa+ESP tu sebelum bersalin lagi untuk membanyakkan susu ibu. Saya excited sangat sebab bila start jer pengambilan Alfalfa. Antara sebabnya:
  • Baby poo poo lebih normal lebih kurang 2-3 kali sehari. Masa makan herba NR, setiap kali tukar pampers, setiap kali tu poo poo (6-7 kali sehari). Walopon baby tak menangis sakit perut ke apa, tapi sedikit risau tu ade sbb memikirkan kenapa setiap kali mesti poo poo. Sian perut baby.
  • Saya dan baby tak menderita berpeluh-peluh seharian. Masa tu boleh dikatakan musim panas dan masa makan NR, kami berdua akan bermandi peluh sampaikan baby demam masa umur 10 hari selama 3 hari walopon fully breastfeed. Saya tak pasti kalo NR sebabnya, tapi inilah adalah hasil pemerhatian saya kerana inilah pengalaman pertama saya ada baby yang demam masa dalam pantang dan kebetulan pulak pengalaman pertama mencuba set bersalin NR.
  • Perubahan yang paling best ialah susu ibu semakin meriah dengan Alfalfa. Susu yang saya pam setip kali pon semakin bertambah jumlahnya. Memang excited sangat. Again, walopon NR cakap herba dia untuk melancarkan susu badan, sekarang saya dah jatuh cinta dengan Alfalfa Shaklee!
Boleh baca lebih lanjut tentang pengalaman menyusu dengan set menyusu Shaklee di sini.


Salah faham tentang Alfalfa Shaklee

Pada botol Shaklee ada statement seperti di bawah ini.
“If pregnant or nursing, ask a health care professional.” (Terjemahan: "Jika mengandung atau menyusu, sila rujuk pakar perubatan")


Eh, kata alfalfa untuk ibu menyusu? Milk booster katanya..tapi kena consult health care plak..bahaya ke sebenarnya Alfalfa ni? Haa ni la nak clearkan segala kemusykilan anda sama ada Alfalfa ni baik atau tidak untuk ibu menyusu. Jangan risauuuu...Alfalfa sebenarnya telah digunakan sejak berzaman lagi sebagai milk booster. Ia memang sudah terkenal di barat dengan fungsinya untuk meningkatkan susu ibu. Kenapa label tu cakap tak sesuai untuk ibu menyusu pulak? Sebenarnya, label tersebut ditulis begitu kerana ujian terhadap alfalfa tak dibuat ke atas ibu mengandung dan menyusu. Menurut undang-undang pelabelan, produk yang mana ujian klinikal tidak dijalankan ke atas golongan hamil dan menyusu bayi, harus memasukkan pernyataan tersebut di dalam labelnya. Shaklee mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan bagi menjaga kredibiliti dan kualitinya. Oleh itu, beberapa produk seperti Alfalfa, Omega Guard dan Vivix dilabelkan sedemikian bagi mematuhi rules & regulation ini. OK? Harap dapat menjelaskan segala kemusykilan anda yer!! :)


Cara makan Alfalfa Complex Shaklee

Kalau di pakcik google ni, anda akan jumpa macam-macam version cara pengambilan Alfalfa Complex Shaklee. Tak kisah macam mana pon, terpulang dan anda bebas mengikut kesukaan anda asalkan mengikut cara yang betul (tu yang bestnyer). Berikut cara-cara makan Alfalfa sebagai panduan tambahan:-
  • Untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan Alfalfa Shaklee ni, cuba mulakan dengan dos yang sedikit seperti 2 biji pagi dan 2 biji tengah hari
  • Bila dirasakan sesuai dengan diri anda, boleh tambahkan dos untuk mencapai kesan yang lebih efektif dan optimum (ingat paling banyak 10 biji je sehari yer)
  • Digalakkan mengambil pada waktu siang kerana pengambilan suplemen memerlukan anda untuk minum banyak air untuk keberkesanannya. Jika anda makan dan tidur, sudah tentulah anda kurang minum air pada waktu tidur anda kan
  • Boleh dimakan ketika perut kosong
  • Tidak digalakkan makan bersama vitamin E kerana boleh mengganggu penyerapan vitamin tersebut
OK lah. Jika ada kemusykilan lagi boleh saja taip2 sikit dan hantar kepada kami. Kami sudi menjawab setakat kami mampu.

Amaran: Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Call/SMS/Whatsapp: 0133424991 (Azali/Ima)
SID: 965181
COD area: Wangsa Maju, Gombak, Hulu Kelang, Ampang, Keramat, Setiawangsa, Setapak, Masjid Jamek, Pasar Seni, Kelana Jaya, Kota Damansara, Taman Melati, Selayang, Sentul, Bukit Antarabangsa dan banyak lagi.

Sunday, October 20, 2013

Promosi Shaklee Collagen Powder Oct 2013!!!

Salam and hola readers,

Promosi Shaklee Collagen Powder sehingga 31 October 2013!

- Untuk mengembalikan keanjalan kulit
- hilangkan kedutan
- mengurangkan jeragat dan pigmentasi
- melembapkan kulit
- meningkatkan kesihatan sendi

Beli 6 PERCUMA 1!!!


Jangan malu-malu terus hubungi kami yer selagi stok masih ada. Jangan menyesal kemudian pula :p




Call/SMS/Whatsapp: 0133424991 (Azali/Ima)
SID: 965181
COD area: Wangsa Maju, Gombak, Hulu Kelang, Ampang, Keramat, Setiawangsa, Setapak, Masjid Jamek, Pasar Seni, Kelana Jaya, Kota Damansara, Taman Melati, Selayang dan banyak lagi.

Saturday, October 12, 2013

Kenapa susu awal ibu sikit sangat?


Salam and hola readers,

Topik kali ini memang menarik perhatian ibu-ibu baru dan bakal-bakal ibu di luar sana. Kenapa susu awal ibu sikit sangat yer? 

Susu macam tak nak keluar jer...

Pada peringkat awal kelahiran, pengeluaran susu ibu mengambil sedikit masa dan rangsangan hisapan daripada bayi sendiri (stimulation). Susu awal yang keluar adalah sangat sedikit tetapi sangat berkhasiat. Kenapa begitu? 
  • Kerana saiz perut bayi anak juga sangat kecil sekecil kacang peas. Jadi, jumlah susu anda yang sedikit itu sudah cukup untuk mengenyangkannya. Pada peringkat ini, bayi memerlukan penyusuan yang kerap sekitar setiap 2 jam.
  • Kerana susu awal ibu (sehingga hari ke 5) mengandungi kolostrum yang menjadikannya sangat pekat dan berwarna kekuningan. Kolostrum sangat penting sebagai sumber protein dan juga antibodi pertama bayi.
So, ibu-ibu semua jangan risau dan jangan cepat melatah atau berputus asa. Seboleh-bolehnya jangan beri susu formula kepada bayi disebabkan oleh situasi ini. Ini adalah sangat normal. Boleh rujuk gambar ni untuk dapat gambaran saiz perut baby dan jumlah susu yang diperlukan.



Thursday, October 10, 2013

Posting sambil nunggu giliran

Salam and hola readers,

Harini gi Shaklee Wangsa Maju nak beli barang tuk customer. Ngantuk nyer pasal,maka saya pun buatla entry ni.hehehe

Lagipun ni entry first time guna tepon.saje nak test guna app Blogger. Sapa nak try blogging guna fon, download je dari Google Play. Setakat taip 2 perenggan ni okla.hehe

Berbalik pada cite Shaklee, harini gi branch pukul 11 pagi. Dapat nombor 88!!!!! Maka saya buat keputusan tuk datang semula. Maka berangkatlah diri ini ke Cheras untuk beli baju karate baru.yuhuu.

Lepas tu kembali balik ke wangsa maju. Masa tu kul 3 dah. Tau baru nombor brape? 57! Tiga jam baru 20 nombor. Pening.

Pegila solat jap kat surau berdekatan. Alhamdulillah kembali semula nombor dah 71. Rupanya ramai orang dah balik. Beginilah keadaan seharian di Shaklee. Sibuk saja. Maklumla dah ramai orang tau kelebihan Shaklee. Kadang2 sampai abes stok.

Inilah saja entry untuk waktu ini. Sapa2 nak jadi ahli bawah saya bole sms/whatsapp/call 0133424991 atau PM page kami di facebook Shaklee Rocks. Maaf tak dapat buat direct link pasal guna fon.tak habis kaji lagi.

Kelebihan bawah saya? Saya rajin ke wangsa maju pasal dekat dgn rumah. Nanti saya bole belikan barang anda. Anda tak perlu ke wangsa maju dan tak perlu beli online. Dapat jimat duit minyak dan duit pos. Hehe. Ni utk kawasan lembah kelang terpilih saja ye. Utk luar kawasan, pos ikut kos poslaju.Masih jimat jika berat tak sampai sekilo. Maklumat lanjut bole tanya terus ke fb page atau nombor di atas.

Sekian. Sampai ke lain kali. Senyummmm :)

Monday, October 7, 2013

Set Menyusu Shaklee

Bismillah,

Salam dan hola readers,

Kali ni ada entry dari wifey lak berkongsi pengalaman guna set susu ibu Shaklee. Happy reading yer. Semoga bermanfaat.


Entry ni memang agak lama terperap. Tapi takpe, demi menceritakan pengalaman indah saya dalam dunia breastfeeding, saya gagahkan jua untuk pos pada hari ini.


Qudwatunnajah turned 8 months! Alhamdulillah pejam celik pejam celik anak ketiga saya sudah pon mencecah 8 bulan. Dan yang paling mengujakan ialah inilah PENGALAMAN PERTAMA breastfeed sepenuhnya secara ekslusif sampai umurnya 6 bulan dan sehingga hari ini pon masih fully breastfeed di samping makanan awal baby. Stok susu pon masih banyak lagi dalam deep freezer. Saya highlightkan pengalaman pertama sebab kakak-kakak najah xpernah full breastfeed smpai 4 bulan pon. Ini semua dengan keizinan dari Allah yang maha berkuasa. Nak tahu apa rahsianya? Teruskan membaca.

Monday, September 30, 2013

Tips kuruskan badan

Bismillah.

Salam and hola readers, nak share poster tips kuruskan badan. Saya amik dari FB Kevin Zahri. Semoga bermanfaat.



Kuruskan badan - Pengalamanku

Bismillah.

Salam dan hola readers,

Harini tergerak hati nak share perjalanan hidup selama beberapa bulan dalam misi untuk menurunkan berat badan.hohoho.

Untuk pengetahuan umum, berat asal sebelum memulakan rejim diet ialah 103 kilo. Bapak beratnya!!! Macam2 cara dah usaha, kurangkan makan dan bersenam lebih. Tapi hasilnya turun naik. Tak dapat nak konsisten turun dan maintain kat satu2 berat tu pasal ada kalanya ponteng2 diet. So bila dia naik, nak turunkan sikit punya payah.

Ni haa gambar waktu berat giler. dari depan dari tepi dan bersama wifey. Tembamnyaaa. Rasa macam nak tumbuk2.haha



Ok, kemudian selepas menyedari yang diri sendiri semakin gemuk, dan penyakit berkaitan obesiti seperti darah tinggi makin ketara, saya pun mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu sebelum menjadi lebih parah. Ianya bermula apabila satu hari terlihat gambar sorang kawan yang mengecut selepas mengamalkan diet shake yang agak hangat di pasaran Malaysia ni. Banyak gile dia turun berbelas kilo. Saya pun tanya la dia macamana nak kurus ni dan dia pun promo la produk Herbalife. Oleh kerana nak dapat harga murah, maka saya pun jadila ahli. Dapat la harga diskaun skit. Konsep dietnya mudah, shake 2 kali dan ganti samaada sarapan, lunch atau dinner. Sambil2 tu kena minum teh dia untuk detoksifikasi dan tambah tenaga. Lepas tu kalau makan, kira kalori makanan yang kita amik. Contoh kalau sehari average badan perlukan 2000 kalori, makanlah antara 1000-1500 kalori je. Lebih kalori tu akan bakar amik daripada lemak2 dalam badan. Begitula konsepnya.

Thursday, September 26, 2013

Komen di kelas karate yang tak diduga

Bismillah

Salam dan hola readers,

Harini nak cite skit pengalaman kat kelas karate hari selasa lepas. Untuk pengetahuan umum, jika seseorang karateka itu telah mencecah talipinggang brown, maka sensei akan suruh handle kelas untuk beberapa ketika (skema la plak ayat.haha).

So masa hari tu kenala handle kelas. Dok depan skali warm up, pastu bagi instruction. Tengah dok bagi2 instruction datang satu mamat brown belt gak. Dulu dia ni seniorla. dia dah brown belt masa aku blom brown lagi. I pun tetap bagi instruction macam biasa dan mamat ni pun follow la. Lepas dekat setengah jam, sensei bagi rehat seminit. Tengah lepk tepi tiba2 mamat ni datang cakap 

"Wei aku dah tak kenal ko. gile kurus. Lama tak jumpa tiba2 dah kurus. Aku sampai2 tadi tengok sapa plak bagi instruction ni. Sepanjang2 training tu dia dok pikir sapa mamat ni. Nak kata dari tempat lain, baru brown belt. Patut mesti aku kenal. Dah lama gile baru ingat" 

Aku gelak jer. kembang kempis hidung. Ingat takdela ketara mana transformasi misi menguruskan badan. Haritu gi kenduri member pun ada kawan wifey cakap kat wifey benda yang sama gak. Rupanya untuk orang yang dah lama tak jumpa, memang dia nampak aku dah kurus. keh keh keh. Cer tengok 2 gambar di bawah. Ada nampak beza tak? Belah kiri sebelum Ramadhan. Belah kanan 2 hari lepas. Diambil dari kamera yang sama. Tu blom aku compare dengan gambar seblum diet. Sebenarnya nak post pasal pengalaman menguruskan badan ni tapi tak siap2 lagi posting nyer. Tungguuuuuu!!!

Kurang2 aku taula ada hasil gak diet aku ni. Nak kurus gak? Tepon jer 013-3424991 tuk konsultansi percuma. Sememangnya dengan produk Shaklee. Nak baca lanjut, bleh klik Set Kurus Shaklee


Tuesday, September 24, 2013

Uji sendiri produk Shaklee, baru yakin nak promo kat orang

Adalah menjadi minat saya untuk cuba sendiri barang2 Shaklee untuk melihat keberkesananya ke atas diri sendiri atau keluarga terdekat. Baru yakin skit nak promo kat orang. Antara yang dah dicuba

- Set kurus - Cinch, lecithin, alfalfa, ESP
- Set sendi - Advanced Joint Health, Omega Guard, Ostematrix
- Set menyusu - Alfalfa, ESP, Vitalea, Ostematrix
- Peppermin-Ginger Plus dan Garlic - Membantu masalah selsema
- ESP, Performance, Mealshake - Puasa dengan sahur ini saja
- Performance - kurang penat dan dahaga ketika senaman
- Mealshake - Eczema baby berkurang dan lebih berselera untuk makan
- Ostematrix - Hilangkan sakit pinggang

Dalam proses melihat hasilnya
- Vivix untuk mama - kesihatan menyeluruh

Kesimpulannya,dengan sinergi supplemen dari Shaklee, dapat membantu dalam pelbagai masalah kesihatan. Cer tanya saya, InsyaAllah saya akan carikan jawapannya. Sudah tentu penyembuhnya Allah juga.

Berminat nak beli atau berminat jadi ahli Shaklee? 


Call/SMS/Whatsapp: 0133424991 (Azali/Ima)
SID: 765181
COD area: Wangsa Maju, Gombak, Hulu Kelang, Ampang, Keramat, Setiawangsa, Setapak, Masjid Jamek, Pasar Seni, Kelana Jaya, Kota Damansara, Taman Melati, Selayang dan banyak lagi.
Penghantaran pos seluruh negara.

Masalah selsema di pagi hari

Salam dan hola readers,

Saya sejak dua menjak dah start musim hujan ni, tiap2 pagi mesti selsema. Selalunya sampai ke petang. Taktaula pasal apa. Resdungla kot.

Saya tak minat makan ubat klinik pasal kalau ubat selsema yang betul2 berkesan biasanya mengantuk. Sebab banyak benda nak buat, jadi malas la nak makan. Saya pun cuba2 la supplemen Shaklee. Saya cuba dua jenis supplemen saja iaitu Garlic dan Peppermint-Ginger Plus.


 

Monday, July 29, 2013

Set Kurus Shaklee

Salam dan hola readers,

Nak perkenalkan set kurus Shaklee. Shaklee ada beberapa produk yang boleh digunakan untuk membantu anda menguruskan badan. Konsepnya boleh saya rumuskan iaitu dengan mengurangkan kalori, membakar lemak dan membuang toksik atau detoksifikasi dari dalam badan. Dengan sinergi ketiga elemen ini, proses untuk menguruskan badan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan berkesan. Saya sendiri dan mencubanya dan hasilnya amat menggembirakan.



  1. Mengurangkan kalori
  • Antara konsep diet ialah dengan mengurankan kalori harian yang anda ambil dalam makan. Secara average, seorang manusia mempunyai keperluan kalori sebanyak 2000 kcal sehari. Maka dengan mengurangkan jumlah kalori yang kita makan sehari, contohnya 1500 kcal, makan 500 kcal lagi akan dihasilkan dari dalam badan anda melalui pembakaran lemak untuk mencukupkan keperluan 2000 kcal sehari tu. 
  • Untuk mengetahui keperluan kalori anda, bolehla menggunakan formula BMR dan DCR. Nanti saya akan link ke sini. Dengan BMR ini, anda boleh menggurangkan jumlah pengambilan makanan sehari sehingga setengah dari BMR. Tidak digalakkan untuk mengurangkan kalori makanan lebih dari setengah BMR
  • Produk yang disarankan ialah Shaklee Cinch. Ia ada 3 perasa yang sedap iaitu Vanilla, Chocolate dan Cafe latte.
  • Cinch shake mix mengandungi  Leucine™ dimana ia akan mengekalkan jisim otot semasa menurunkan berat badan. Mengapa jisim otot perlu dikekalkan? Ini kerana otot akan mengekalkan paras metabolisma dalam badan. Jika jisim otot berkurang, paras metabolisma akan berkurang dan akan mengurangkan juga keperluan kalori harian anda. Ini akan menyebabkan penurunan berat badan sangat perlahan kerana perbezaan antara keperluan kalori harian dan kalori yang diambil akan mengecil.
  • Cinch juga kaya dengan protein yang membantu anda rasa kenyang. Ia juga tinggi kandungan fiber (6 gram per serving)
  • Cara menggunakannya ialah dengan mengambil 2 scoop dibancuh dengan susu, susu soya atau air kosong. Minum 2 kali sehari samaada waktu sarapan, tengahari atau makan malam. Maknanya kita hanya makan yang biasa kita makan sekali sehari. Seperti saya, saya kurangkan dos makanan yang biasa ini untuk mempercepatkan keberkesanannya.
  • Link Panduan kalori makanan (file PDF Kementerian Kesihatan Malaysia)

Wednesday, July 17, 2013

Masalah angin? - Shaklee Peppermint-Ginger Plus boleh membantu

Salam and hola readers,

Dah beberapa hari ni tak sempat nak update blog. Bulan puasa la katakan. Nak share sikit cerita di bulan puasa ni. Saya ni kalau tak makan atau puasa akan ada satu masalah yang kerap melanda orang melayu


Yer angin satu badan. Dalam kes saya ni ia banyak melepak di bahagian perut. Sepanjang puasa akan rasa macam senak2 perut. Bila buka puasa, memang kembung habis ar perut padahal makan sikit ar. Ini menyebabkan badan rasa lemah dan keupayaan nak bergerak berkurang. Lagi2 masa nak solat terawikh. Kalau nak paham cane rasa angin dalam perut tu tengok iklan ENO ni



Lupa pulak Shaklee ada produk yang boleh membantu. Produk itu ialah Shaklee Peppermint-Ginger Plus

Friday, July 12, 2013

Mighty 3 Gems - Pengalaman sendiri dan testimoni

Salam and hola readers,

Hari Rabu yang lalu telah bermulanya puasa. Malang untuk saya, hari pertama puasa bangun2 tido jer dah 6.15 pagi. Tak sempatla nak sahur. Satu hari rasa letih jer badan tak bermaya. 

Hari ke-2, saya sahur air milo+ ESP + Mealshakes + Performance. Lepas tu makan nasi sebesar penumbuk (nak diet ar konon). Lepas sahur tu rasa macam baru buka puasa. Kenyangnya mak aiii takle bayang. Memang tak letih ar sampai berbuka.

Harini pula hari ke-3 puasa, saya test pulak dengan minuman yang sama SAHAJA tanpa makan nasi. Dahla harini kena solat Jumaat. Paham2 jela panas kan. Tapi sekarang dah pukul 6 petang, badan tak rasa lemah dan haus. Eksperimen berhasil!

Harini juga nak share testimoni2 daripada kawan2 yang menggunakan Melshakes, ESP atau Performance di bulan Ramadhan ini.

Di bawah ni sume screenshot dari Whatsapp



Thursday, July 4, 2013

Shaklee ESP dan Performance Drink - Supplemen untuk melalui Ramadhan

Salam and hola readers,

Harini nak cite ar sikit berkenaan ESP dan juga Performance Drink. Pada pandangan saya melalui pengalaman yang saya lalui, kedua produk ini amatlah baik untuk diamalkan di bulan puasa yang bakal menjelma minggu hadapan. 

Mengikut pengalaman, saya guna ESP untuk tujuan berikut
  • ESP memberikan rasa kenyang yang lebih lama. 
  • Menggunakan ESP di dalam diet untuk menurunkan berat badan.  Ini kerana ia rendah dari segi Indeks Glisemik (GI). Makanan GI yang rendah akan lambat diuraikan di dalam badan. Kesannya ialah, ia akan dapat mengekal paras glukosa dalam darah lebih lama dimana tenaga yang tersimpan dalam badan juga dapat bertahan lebih lama. Selain itu, ESP juga tinggi dengan kandungan protein dari kacang soya. Untuk lebih kefahaman mengenai GI, boleh tonton video di link ini


Wednesday, July 3, 2013

Promosi Shaklee Julai'13 - GLA Complex, buy 6 free 1

Salam and hola readers,

Untuk bulan Julai ni Shaklee ada promosi menarik untuk GLA Complex. Buy 6 free 1. Harga retail untuk satu botol adalah RM 91.25 untuk 60 biji. Tapi dengan promosi yang berlangsung untuk Julai ni, harga retail sebotol boleh menjadi RM78. Tapi jika anda beli dengan saya, saya boleh menawarkan harga yang lebih rendah dari harga retail. 

Hubungi saya segera untuk harga yang lebih menarik.

Free COD: Wangsa Maju, Kota Damansara, Masjid Jamek, Pasar Seni, Gombak, Ampang, Kelana Jaya dll

Friday, June 28, 2013

Promosi - Shaklee Mealshakes

Salam and hola readers,

Sempena bulan Jun yang bakal berakhir ni, saya ada membuat promosi untuk Shaklee Mealshakes. Saya ada tinggal beberapa canister jer lagi untuk di habiskan. 

Thursday, June 27, 2013

Shaklee: Status kehalalannya?

Salam and hola readers,

Isu halal merupakan suatu isu yang sangat hangat di Malaysia. Paling utaman ialah di dalam isu pemakanan. Untuk pengetahuan, produk2 Shaklee yang di pasarkan di Malaysia mempunyai status halal dari Islamic Services of America (ISA) di mana sijil yang mereka keluarkan diiktiraf oleh Jakim. Kalau tengok di website Shaklee luar negara, memang banyak lagi produk2 Shaklee ni. Tapi mungkin ia tidak dibawa masuk ke Malaysia kerana ia tidak mendapat status halal dari ISA.Sijil di bawah valid sehingga 31 Disember 2013 menunjukkan senarai barang2 Shaklee berstatus halal. Kesemuanya dipasarkan di Malaysia.

Wednesday, June 26, 2013

Pengalaman Guna Shaklee - Performance Drink

Salam and hola Readers,

                                                             









Cite skit pasal Performance Drink ni. PD telah dibuktikan secara klinikal untuk menghidrasi badan manusia lebih baik dari air. PD juga mengandungi lebih banyak elektrolit yang memberikan lebih banyak tenaga berbandding minuman tenaga lain. PD mempunyai campuran elektrolit OPTI-LYTE™ dengan campuran karbohidrat yang unik yang memberikan tenaga segera dan lebih lama untuk hidrasi yang optima. Ia terbukti secara klinikal untuk:


  • mengurangkan kehilangan cecair untuk hidrasi yang lebih baik
  • mengekalkan tahap glukosa dalam darah untuk mengekalkan pengeluaran tenaga dan meningkatkan stamina
  • meningkatkan ketahanan badan untuk atlet
  • tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau pengawet

Tuesday, June 25, 2013

Kini kami bergelar Shaklee Independent Distributor

Salam Readers,

Bulan lepas wifey beli banyak geli produk Shaklee. Rasanya lebih dari RM600. Jadi dapatla jadi Independent Distributor free. Sebab asal sebenarnya sebab senang nak beli barang sendiri je. Maklumla kedai Shaklee tu dekat Wangsa Maju jer. 5 minit dari rumah. Bile tengok orang lain yang jadi distributor dapat work from home jer sambil dapat duit riban2, aku pun mendapat ilham untuk menggalakkan wifey cuba wat part time Shaklee ni. Dapat 2-3 ratus pun apa salahnya. Boleh gak buat bayar2 bil.

Jadi kami pun dengan semangatnya pegila menuntut ilmu di sana sini supaya leh start nak jual Shaklee ni kepada masyarakat umum. Alhamdulillah sales bonus bulan depan dapar RM30. Okla sebab baru nak mula. Tu pun sebab beli supplemen tuk diri sendiri. Bulan ni dapat ratus2 kot sebab banyak gak beli bulan ni --$$ mata duitan mode $$-hahaha. Tiba2 wifey pandai plak jual kat orang2 di ofis beliau. Alhamdulillah dapatla 2-3 orang customer. Moga2 mereka istiqamah membeli dengan kami.

Jadi kepada sesiapa yang berminat nak beli barang2 supplemen Shaklee, bolehlah hubungi kami melalui

Call/SMS/Whatsapp: 013-3424991 
email: azali82@gmail.com
FB: Azali Musashi
Shaklee ID: 965181 (bawah nama Zaimatul Akmal)

Kami boleh buat free COD (cash on delivery) kepada kebanyakan kawasan di Wangsa Maju, Setapak, Kota Damansara, Kelana Jaya, Ampang dan beberapa kawasan lain juga. Tanya saja, mungkin kami boleh hantar ke tempat anda juga. Kalau jauh sangat, kami juga boleh buat penghantaran pos dengan kos pos ditanggung pembeli.

Kalau sesiapa teringin nak jadi Independant Distributor, bolehla juga hubungi kami. Alhamdulillah group yang kami join ni sangat supportive. Jika betul2 rajin, boleh menjana pendapatan sehingga 5 angka!!!

JOM! JOM! JOM!

Nanti dalam post lain insyaAllah saya nak cerita apa kebaikan mengamalkan produk Shaklee yang kami sekeluarga telah rasai.

Friday, March 29, 2013

Transaksi Tabung Haji guna Maybank

Beberapa minggu lepas aku baru tau yang Maybank(MBB) dah boleh nak buat transaksi Tabung Haji. Punyala slow pengetahuan am ku!!! Hahaha. Selama ni aku ingat Bank Islam dengan Bank Rakyat jer yang boleh link dengan TH, rupanya MBB pun dah boleh.

Sebabnya ialah selama ni tak menyimpan. Kalau simpan pun, duit tu lepak je dalam almari sampai la satu masa yang aku rasa nak pegi barula aku masukkan dalam TH. Jadi bila lambat simpan ni paham-pahamla, penyudahnya duit tu habis dibelanjakan. Maka tak masuk la TH.

Ada dua cara nak buat transaksi di MBB ni. Satu guna ATM atau CDM. Korang boleh baca sendiri caranya di sini. Kalau ikut kefahaman aku, kena register kat ATM segala maklumat TH dulu. Pastu baru boleh nak masuk duit, keluar duit dan daftar haji. Masuk duit dan keluar duit kena caj RM1.00 setiap transaksi. Daftar haji ni aku tak pasti macamana prosesnya sebab setau aku selama ni nak daftar kena daftar melalui kaunter di TH atau mana-mana bank yang mengambil bahagian. Kalau ikut page m2u tu dia kata boleh register kat ATM. Jadi sapa nak cuba bolehla cuba. 

Cara kedua pulak ialah untuk orang yang nak menyimpan je di TH guna m2u terus. Jadi lebih jimat masa. Tak payah nak beratur panjang-panjang kat kaunter TH. Parking pun belum tau ada lagi. Jadi disini aku nak share cara nak buat transfer guna m2u sebab tak jumpa kat official site m2u.
article