Wednesday, November 16, 2016

Petua betulkan bayi songsang

Assalamualaikum & hola readers,

Tadi baca posting kat FB seorang ibu ni stress giler sebab baby dia melintang di usia kandungan 27 minggu. Terpanggil untuk share pengalaman sendiri masa mengandungkan anak ke-3 yang tetibe jer melintang masa week 38!

Week 38
Baby saya di posisi betul (kepala ke bawah) sampailah week 38 tiba2 dia melintang. Scan di 2 klinik kot2 la doktor tersalah, sama, melintang. Doktor ckp pelik sbb baby dah besar dan dah hujung2 trimester terakhir mcmana boleh pusing lagi. Sepanjang minggu down giler n stress sbb taknak czer.

Week 39
Next appointment week 39 penuh debaran. Sebelum scan doktor ckp sabar dan terima kalau masih melintang sbb kalau pusing balik ke posisi betul tu mmg susah sgt dah sbb dah week 39. Pastu kena terus warded utk czer. Saspen!!!! Alhamdulillah tak disangka scan OK dan baby ke posisi betul! Syukur alhamdulillah.

Week 41+1day Deliver normal
Punya saspen la anakku sorang ni, checkup Week 40, berdebar takut songsang semula. Alhamdulillah OK. Week 41 takde tanda2 lagi nak bersalin, risaunya takut songsang balik. 8 days overdue, akhirnya menyerah diri utk induce dan alhamdulillah bersalin normal. 3.2kg girl anak ke3 keluarlah Qudwatunnajah ke dunia.


ANTARA USAHA DAN PETUA YANG SAYA BUAT UNTUK BETULKAN BAYI SONGSANG
Nak cuba, silakan. Tapi berhasil atau tak itu ketentuanNya ya.
1) Tak putus2 berdoa hampir sepanjang masa. Ye la stressnya sepanjang masa duk teringat czer so sepanjang masa la berdoa tak kira kat rumah kat ofis mana2 je la.
2) Solat hajat setiap kali lepas solat Maghrib.
3) Sujud lebih lama setiap kali solat.
4) Buat petua panas dan sejuk. Sebab saya sgt takut risiko urut2 perut masa pretnen, orang kata baby boleh terbelit tali pusat la bagai. Ada jugak terbaca doktor pakar boleh pusingkan TETAPI hanya utk kandungan usia 37 minggu ke bawah. Jd sy try petua ni. Taruk ais kat atas perut (atau agak2 dekat kepala baby) dan hotpax kat bawah perut(jgn terlalu panas). Baby akan rasa tak selesa dgn rasa sejuk jadi dia akan cuba lari ke tempat lebih hangat iaitu ke bahagian bawah rahim/perut.
5) Bercakap2 dgn baby pujuk supaya pusing kepala ke bawah.

Cubalah ikhtiar dengan cara ni ya. Kalau tak berjaya juga kena redha. InsyaAllah semoga dipermudahkan. Czer pon bukanlah seteruk yang kita fikirkan. Banyakkan berfikiran positif ya.

Nak tau pasal suplemen Shaklee? Jom hubungi kami.

019-9922250 (ima)
013-3424991 (azali)

Sunday, August 28, 2016

Kelebihan Shaklee Ostematrix berbanding pil kalsium lain

Assalamu'alaikum & hola readers!


Dah pernah cuba pil kalsium? Haaa nak tau tak beza pil kalsium Ostematrix dgn pil2 kalsium brand lain atau yg dpt dekat hospital tu? Jom kita tengok secara ringkas dan padat.

Kelebihan Shaklee Ostematrix berbanding pil kalsium lain:-
♧ Gabungan kalsium+magnesium+vit D utk penyerapan yg lebih efektif.
♧ Dari sumber semulajadi, bkn sintetik.
♧ Tekstur licin mudah ditelan dan mudah larut, bkn kesat atau berdebu.
♧ Utk kesihatan tulang, membantu menangani senggugut, membantu menambah susu ibu, menangani sakit pinggang dan lutut, membantu tidur yg lena.

Promosi Shaklee Ostematrix bakal berakhir dlm 3 hari sahaja lagi. Harga berbaloi2!

SMS/Whatsapp kami:
0199922250 (ima)
0133424991 (azali)

Sunday, August 21, 2016

Belajar bisnes Tamar Cocoa di Didik Usahawan Bangi anjuran Alhaddad Marketing

Tercapai hajat menghadiri kelas Didik Usahawan anjuran Alhaddad Marketing hari ini. Banyak ilmu yang diperolehi yang diberikan oleh otai2 bergaji 4 5 6 angka, alhamdulillah.




Tamar cocoa
Kopi arabica
Susu kambing
VCO
Jus delima Aseer
Dan banyak lagi

Siapa2 yang nak try produk2 muslim keluaran Alhaddad boleh hubungi kami di talian berikut.

0199922250 (Ima)
0133424991 (Azali)

Wednesday, April 27, 2016

Fungsi Carotomax Shaklee Penyelesai Masalah Rabun

Salam & hola readers,

Anda rabun? Baru nak start rabun atau dan lama? Keturunan semua rabun?



Kali ni nak cerita skit pasal SHAKLEE CAROTOMAX. Nama pon dekat2 dengan carrot, so fungsi utamanya ialah untuk kesihatan mata. So sape2 rasa nak kurangkan rabun tu boleh cuba try test la carotomax ni. Jom tengok fungsi Carotomax Shaklee:-


  • Mempertingkatkan Penglihatan dengan menghasilkan 'visual ungu' yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap. 
  • Membantu mengurangkan masalah mata yang rabun dan kering.
  • Membantu mengurangkan penyakit katarak dan glaucoma.
  • Membantu mengatasi kelesuan mata akibat mengadap komputer dan smartphone terlalu lama.
  • Membantu mengurangkan masalah mata lebam 'eye bag' gegelung lebam di bawah mata.
  • Melindungi lapisan luar kornea mata.
  • Melawan kanser dan oksidasi.
Haaa ni antara testimoni pengguna.

Saya adalah pengedar Shaklee yang berdaftar. Shaklee ID: 965181.

Menyediakan penghantaran percuma ke pintu rumah anda/pejabat (Cash on Delivery) di kawasan2 berikut: Taman Melawati, Taman Permata, Keramat, Setiawangsa, Taman Melati, Setapak, Gombak, Wangsa Maju, Masjid Jamek, Pasar Seni, dan kawasan2 berhampiran dengannya. Juga pos ke seluruh negara termasuk Sabah Sarawak.


SMS/Whatsapp 019-9922250 (ima) atau 013-3424991 (azali) untuk keterangan lanjut.

Monday, February 15, 2016

Pengurusan Jenazah

Salam dan hola readers,

Hari ahad lepas saya sempat menghadirkan diri ke course Corpse Management. Bunyi cam best tapi kursus pengurusan jenazah je.lol

Suatu pengalaman yang agak menarik sebab bertahun tahun tahun dahulu dah penah pegi kursus pengurusan jenazah ni tapi masa tu kurang praktikal. Masa ahad lepas siap ada praktikal kapankan mayat lagi.

 

Saya rasa itu satu pengalaman yang amat menarik. Penceramahnya pun berpengalaman dalam bidang pengurusan jenazah dan pengisian nya adala unsur2 jenaka. Jadi tidaklah membosankan sanagat.

Cumanya bila saya tengok jumlah kehadiran, rata orang yang hadir ialah orang berusia lebih 40an dan juga remaja. Saya agak remaja2 ni semua anak orang yang hadir tu la. Yang kurang penglibatan ialah orang berumuar 20-40 tahun. Adala 2-3 kerat termasuk saya sendiri. I masih muda uolls. haha. Dimana orang2 lingkungan usia ni? Saya berpendapat orang2 inilah yang patut lebih utama untuk hadir kerana mereka ni lah pelapis2 selepas golongan2 veteran ni dah kurang berupaya. Takkan masih nak mengharap pakcik2 dah 60-70 tahun memandi dan mengkafankan jenazah. orang mudala yang sepatutnya mula mengambil alih tugas ini. 

Rata2 saya perhatikan orang2 muda lebih berminat tuk pergi ke kursus2 dan seminar2 yang bersifat dunia i.e kursus pengurusan kewangan, seminar jutawan, pengurusan masa dan berbagai seminar dan kursus lah



Mungkin mereka tidak sedar atau buat2 tak sedar bahawa pengurusan jenazah ni adalah satu fardhu kifayah. Banyak yang fokus untuk mengumpulkan kekayaan untuk hari tua tapi lupa berkenaan pengurusan masa mati. Bezanya memanglah pengurusan kewangan, kita sendiri yang dapat menguruskan kewangan kita dan mungkin dapat menguruskan kewangan orang lain. Tapi pengurusan jenazah, kita tak dapat menguruskan jenazah kita sendiri. Sentap tak? hihihi

Oklah, di bawah ni saya belanja sikit gambar2 sekitar kursus semalam. Kalau ada kesempatan nanti saya share lah apa yang sempat saya belajar semalam. Sempat ada selfie dengan bakal jenazah lagi.haha
                                        Ceramah dulu. Persediaan kematian     

Dalam bilik mandi jenazah. Sian model jadi mangsa. Hidup2 dah mandi jenazah. Balik umah bau kapur barus dengan cendana. hihi
                  
Camnila rupa persediaan kain kapan tu
Mangsa model kain kapan
Selfie dengan bakal jenazah skit. Harap janganla ada mangkuk pi buat viral kat FB. Nanti keluar hukum selfie dengan jenazah haram. adoiyai

Camni rupa kalau nak solat jenazah beramai-ramai


Ok semua. Selamat beramal. Ingat bahawa Nabi pesan manusia paling bijak ialah yang banyak mengingat kematia. Tata titi tutu







article