Wednesday, November 16, 2016

Petua betulkan bayi songsang

Assalamualaikum & hola readers,

Tadi baca posting kat FB seorang ibu ni stress giler sebab baby dia melintang di usia kandungan 27 minggu. Terpanggil untuk share pengalaman sendiri masa mengandungkan anak ke-3 yang tetibe jer melintang masa week 38!

Week 38
Baby saya di posisi betul (kepala ke bawah) sampailah week 38 tiba2 dia melintang. Scan di 2 klinik kot2 la doktor tersalah, sama, melintang. Doktor ckp pelik sbb baby dah besar dan dah hujung2 trimester terakhir mcmana boleh pusing lagi. Sepanjang minggu down giler n stress sbb taknak czer.

Week 39
Next appointment week 39 penuh debaran. Sebelum scan doktor ckp sabar dan terima kalau masih melintang sbb kalau pusing balik ke posisi betul tu mmg susah sgt dah sbb dah week 39. Pastu kena terus warded utk czer. Saspen!!!! Alhamdulillah tak disangka scan OK dan baby ke posisi betul! Syukur alhamdulillah.

Week 41+1day Deliver normal
Punya saspen la anakku sorang ni, checkup Week 40, berdebar takut songsang semula. Alhamdulillah OK. Week 41 takde tanda2 lagi nak bersalin, risaunya takut songsang balik. 8 days overdue, akhirnya menyerah diri utk induce dan alhamdulillah bersalin normal. 3.2kg girl anak ke3 keluarlah Qudwatunnajah ke dunia.


ANTARA USAHA DAN PETUA YANG SAYA BUAT UNTUK BETULKAN BAYI SONGSANG
Nak cuba, silakan. Tapi berhasil atau tak itu ketentuanNya ya.
1) Tak putus2 berdoa hampir sepanjang masa. Ye la stressnya sepanjang masa duk teringat czer so sepanjang masa la berdoa tak kira kat rumah kat ofis mana2 je la.
2) Solat hajat setiap kali lepas solat Maghrib.
3) Sujud lebih lama setiap kali solat.
4) Buat petua panas dan sejuk. Sebab saya sgt takut risiko urut2 perut masa pretnen, orang kata baby boleh terbelit tali pusat la bagai. Ada jugak terbaca doktor pakar boleh pusingkan TETAPI hanya utk kandungan usia 37 minggu ke bawah. Jd sy try petua ni. Taruk ais kat atas perut (atau agak2 dekat kepala baby) dan hotpax kat bawah perut(jgn terlalu panas). Baby akan rasa tak selesa dgn rasa sejuk jadi dia akan cuba lari ke tempat lebih hangat iaitu ke bahagian bawah rahim/perut.
5) Bercakap2 dgn baby pujuk supaya pusing kepala ke bawah.

Cubalah ikhtiar dengan cara ni ya. Kalau tak berjaya juga kena redha. InsyaAllah semoga dipermudahkan. Czer pon bukanlah seteruk yang kita fikirkan. Banyakkan berfikiran positif ya.

Nak tau pasal suplemen Shaklee? Jom hubungi kami.

019-9922250 (ima)
013-3424991 (azali)
article