Tuesday, December 28, 2010

Oh Bangsaku: kompeni Melayu yang aku benci

Salam dan selamat sejahtera,

Ini ialah entry pertama aku tentang bangsa aku. aku rasa aku nak buat thread tentang bangsaku serta kelemahan dan kebodohannya.bukan nak menghina bangsa sendiri tapi untuk menyedarkan diri sendiri serta orang lain. Aku TAK BERBANGGA LANGSUNG!!! JADI ORANG MELAYU.orang melayu sudah melayu dan boleh blah. aku AMAT BERBANGGA MENJADI ORANG ISLAM kerana Islamlah yang boleh memajukan sesuatu bangsa. below is my first critics regarding my race. feel free to comment.

Aku ingin bercerita tentang kompeni² melayu di malaysia ni. adakah anda tahu kebanyakan kompeni² melayu di malaysia ni macam haram? Di bawah ialah antara sebab2 mengapa aku cakap kebanyakan kompeni2 melayu ni so full of shit:
1. Tak bayar gaji
Ini ialah sebab yg paling damn skali. kebanyakan kompeni yg buat mcm ni ialah kompeni kontraktor kecil yang banyak bergantung pada payment untuk projek² yg mereka kerjakan.kalau payment projek masuk,adalah gaji. kalau tak masuk, maka kerjalah pekerja2 syarikat ini untuk 3-4 bulan lagi tanpa gaji. Apa kejadahnya itu???majikan dia taktau ker orang pon ada anak bini nak kena tanggung, nak bayar loan kereta lagi,kredit card,sewa rumah serta maintenance concubine. syarikat sebegini mmg dasar mangkok dan menyusahkan orang ramai serta perlu dihapuskan dari muka bumi ini.Ada yang aku penah dengar gaji tak bayar bulan². Baik punyer bagi nasihat kat staf suruh bersabar. Elok payment masuk je bukan nak bayar gaji pekerja dulu,bos pegi enjoy dulu.bangsat!ada member aku kat petronas cakap dia takkan pilih kompeni2 melayu nih sebab tak jaga kebajikan pekerja.padan muka tak dapat projek.

2. Tak bayar EPF
Ni satu lagi. sama kesnya macam sebab di atas.tunggu payment projek masuk. Ada satu kompeni kawan aku, janji dulu epf masuk setahun 2 kali.skang dah keje lebih setahun tak bayar² lagi epf.dah dekat 10 ribu aku rasa epf dia.yang apakejadahnya lagi,boleh plak buat family day lah,breakfast lah, sume gempak2 tapi epf tak mampu bayar. satu lagi aku dengar,dia tak bayar loan kat bank bagi orang yg buat potongan gaji.dahla potong gaji,pastu tak bayar kat bank.orang tu plak kena blacklist.kahsihan mereka dan keluarga mereka.

3.  Underpaid tapi keje berlambak2
dari pengalaman aku sendiri keje dgn so called consultant.dapat projek semua besar2 dari kerajaan.keje pon banyak giler.kena type,kena reserach,kena siapkan poster,siapkan flyers,siapkan exhibition,oder khemah,jadi runner, sume one man show. paling ramai pon 2 man show.mmg boleh jadi well rounded ar.tak buat kopi dgn teh jer.gaji berapa?betol2 atas level kemiskinan rakyat malaysia iaitu rm1500.perghhh.dahla korban weekend dan balik malam2 buta.boleh gelap hati keje kat situ lama².

Bukannya nak anti kaum sendiri tapi sebagai orang Melayu beragama Islam,aku sangat malu dengan keadaan ini. kompeni cina pon jadi kontraktor dan consultant jugak. keje pon berlambak² gak tapi apa yang aku dengar,they pay their salary on time and they reward employee for the hardwork. Kompeni Melayu jangan harap.kalau nak berniaga tu blajala ilmu berniaga tu dalam². sediakan capital secukupnya agar boleh cover gaji² dan epf pekerja bila duit projek tak masuk lagi.nanti orang tak keje kompeni ko,kau cakap taknak memajukan bangsa sendiri tapi kau sendiri yang memundurkan bangsa kau.demit!!!

Itulah sebabnya aku tak kerja dgn kompeni melayu.aku jugak takut nak keje dgn kompeni cina.malas nak keje lebih². nanti kesian anak² dan istriku duduk kesorangan dirumah.aku lagi gembira keje dgn orang putih.to be exact,keje dgn american. they are flexible and can be reasonable.european boleh tahan ar tapi kebanyakan mereka ni process freak!!!terlalu skema. aku benci keje dgn jepun.berkira dan banyak songeh.

Friday, August 20, 2010

My First Posting

Salam and Hola to all reader,

This is my first time blogging. Hence I dunno wut to write yet. As far as I'm concerned, my Blog won't be focusing on any specific topic. I'll try to focus on my life experience so that other people can benefit from it. So hope you enjoy reading it. Cheers!
article