Monday, October 26, 2015

Pelaburan KWSP Akaun 1

Salam dan hola readers,

Lama rasanya tak update blog. Slalu rasanya wifey je yang rajin buat blog.

Harini nak cerita pasal pelaburan KWSP Akaun 1. Rata2 saya survey, banyak rupanya orang taktau yang diorang sebenarnya boleh investkan duit dalam Akaun 1 KWSP. Diorang ingat pengeluaran hanya dari Akaun 2. Jadi bila ditanya, dah keluar untuk bayar rumah.

Tujuan KWSP benarkan pengeluaran sebab dia nak ahli tambahkan jumlah simpanan untuk hari tua anda. Contohnya dividen tahunan KWSP selalunya sekirar 5-6% setahun. Dengan pelaburan yang dibenarkan, pulangan boleh mencecah antara 10-15% setahun. Banyak beza tuh!

Tapi kena ingat, bukan boleh dilaburkan dimana2 saja. Hanya institusi2 yang dilantik saja yang dibenarkan untuk transaksi pelaburan ni. Dari banyak2 yang dilantik tu, hanya sesetengah dana saja yang dibenarkan untuk dilaburkan. Maknanya KWSP pon nak jaga duit ahli ni supaya tak hangus dilaburkan ditempat berisiko tingi. Dia hanya bagi labur ke tempat2 yang selamat untuk dilabur dan boleh mendapat pulangan yang baik.

Selain tu, walaupun namanya keluarkan duit dari KWSP, anda tidak sesekali akan dapat merasa duit tu hinggalah usia pengeluaran iaitu 55 tahun. Maknanya duit akan dilabur terus dari KWSP ke institusi2 kewangan. Andai kita dah berusia 55 tahun atau rasa nak jual semula pelaburan tu, duit tu akan disalur semula ke KWSP.

Berapa amaun boleh keluar? Boleh keluar semua ke?

Tak boleh keluar semua. Jumlah yang boleh dilabur hanya setelah menolak jumlah pelaburan asas mengikut umur(rujuk jadual dibawah). Contoh:

Umur: 31 tahun
Pelaburan asas usia 31 tahun: RM 30,000
Jumlah Akaun 1: RM 130,000
Jumlah boleh labur: 130,000 - 30,000 = RM 100,000

TAPI!

KWSP hanya benarkan pengeluaran 20% dari jumlah boleh labur dalam satu2 masa. Maknanya, pelaburan pertama kali hanya sebanyak RM20,000  sahaja. Jadi proses pengeluaran ini boleh dilakukan setiap 3 bulan.

Nak baca lanjut boleh klik link website KWSP dibawah.

Jadi macamana nak keluarkan duit ni? Sonang jo.

1. Carilah orang2 yang layak untuk menguruskan pengeluaran anda dari institusi2 yg terpilih
2. Mereka akan memberikan anda beberapa borang untuk ditandatangan
3. Selepas borang dihantar dan semuanya lulus, transaksi akan berlaku antara KWSP dan institusi kewangan.
4. Dalam 2-3 minggu, anda akan menerima surat dari institusi berkenaan pelaburan anda itu.

InsyaAllah saya adalah salah seorang ejen yang layak dan dilantik oleh CIMB Wealth Advisor (CWA) untuk membantu anda membuat pengeluaran. Apa2 soalan boleh tanya di komen.

Kalau nak baca lanjut boleh baca di website KWSP. Klik sini

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.

article