Tuesday, April 29, 2014

Kebaikan fiber untuk menurunkan berat badan

Salam dan hola readers,

Lama dah tak menulis. Maafla banyak aktiviti skit sejak kebelakangan ni. Saya nak share mengenai fiber. Kenapa ia amat baik terutamanya untuk orang yang sedang diet.

Apa benda fiber ni?
Fiber atau serat terdiri dari bahan yang tidak dihadam dari sumber tumbuhan yang tidak berubah bila ia melalui perut dan usus. Jadi amat penting dalam memastikan kesihatan sistem penghadaman badan. 

Macamana kalau kurang fiber?
Banyak masalah kesihatan boleh terjadi dengan kurangnya sumber fiber dalam diet. Diantara masalah yang boleh timbul ialah:

  1. sembelit
  2. gastrik
  3. kembung perut
  4. sakit jantung
  5. kanser 
  6. diabetes
Bagaimana fiber bertindak?
  1. Fiber membantu dalam memastikan perut mempunyai pergerakan yang biasa. Maknanya, takde hari yang kita tak buang air besar. 
  2. Fiber membuat kita rasa kenyang lebih cepat dari bahan2 lain yang kita makan, memperlahankan kadar penghadaman dan membuat kita rasa kenyang lebih lama.
  3. Fiber menggerakkan lemak melalui sistem penghadaman lebih cepat. Jadi kurang lemak akan diserap ke dalam badan
  4. Bahan merbahaya dalam panggil yang dipanggil 'carcinogen' akan melekat pada fiber dan digerakkan melalui usus lebih cepat. Maka mengurangkan risiko kanser usus.
  5. membantu memindahkan kolesterol keluar dari badan, mengurangkan risiko sakit jantung
Jadi dengan melihat bagaimana fiber ni bertindak, boleh relate tak macamana ia membantu dalam mengurangkan berat badan?

Mudah ceritanya, makan fiber banyak---cepat kenyang--- tapi lambat lapar---lalu dengan laju dalam sistem penghadaman menyebabkan cepat 'buang' dengan membawa banyak lemak2 dan toksin. Boleh relate?


Sumber fiber?
Ada banyakkkkkkkkkkkkk sangatttttt terutamanya dari sayur, buah-buahan dan kekacang. Nak tau sumber makanan dengan fiber yang tinggi boleh klik sini.

Kesimpulannya, kalau nak kurus cepat, banyak2kanla makan fiber tu. InsyaAllah boleh membantu. Saya dalam minggu ni baru start makan cereal. Tak berapa rajin nak beli buah dan sayur. hehe. Saya maan cereal Post. Setakat ni baru try cranberyy almond crunch. Sedap dan tidak manis. Iklan la pulak. haha. Takpe kalau benda baik apa salahnya sharekan?

Perubahan yang saya rasa amat ketara sekali. Mula2 rasa kenyang cepat. Lepastu berjaya membuang air besar 2x sehari. perut rasa lebih kempis. Syok ooo. hehe. 

Cuma jangan lupa kalau amalkan makan fiber ni, jangan lupa minum air banyak2 untuk membantu pergerakan dalam perut tu. Kalau tak nanti sembelit tanggung la sendiri. Selamat mencuba dan semoga berjaya tuk kurus!

p/s: Alfalfa dari Shaklee pon ada fiber. Saya guna sebagai tambahan untuk detoks dan sumber fiber.



article