Thursday, October 12, 2017

Bermulanya penjualan Japanese Cotton Cheese Cake

Salam & hola readers, 

Bagaimana bermulanya bisnes Japanese Cotton Cheese Cake ni? Macam ni, mulanya kami buat untuk makan sendiri je sekitar tahun 2016. Bawak pergi pejabat jamu kawan2 la kan. Ramai yang cadangkan supaya kami jual.

"Ima taknak try jual ke?"
"Ima, kalau jual saya confirm nak beli."
"Azali, bila nak open order japanese cheese cake ari tu?".

Ye la kek ni leceh nak membuatnya. Memang logik la orang nak beli je. Apatah lagi kalo kat rumah sendiri kurang peralatan untuk membuat kek. Nak beratur kat kaunter yang jual kek ni memang bercinta pulak tu.

Dari situ, bermula aktiviti R&D kami di rumah dengan eksperimen menggunakan pelbagai jenama bahan2 untuk membuat kek ini dan bermain dengan suhu oven untuk mendapatkan hasil terbaik serta membuat beberapa biji sekaligus. Kami juga mencuba pelbagai saiz loyang supaya bersesuaian dengan resepi yang kami guna. Sambil2 tu kami buat costing. Tapi takde la buat hari2 kan. Bila ada masa free dan rasa craving haa time tu la kami buat. Tapi still belum puas hati dengan hasilnya. Akhirnya macam hasrat tu tergendala pulak dan masing2 pun sibuk dengan kerjaya.

Sedar tak sedar, lebih kurang setahun berlalu. Tiba2 ada kawan sepejabat husband nak order dengan seriusnya. Tiba2 datang balik semangat nak berbisnes kek ni. Kami pon buat la khas untuk dia je sebagai permulaan. Alhamdulillah respon baik dan dia siap kasi review untuk penambahbaikan. Kami pon mula open order di tempat kerja masing2. Kebetulan waktu itu bulan Ramadhan baru bermula tetapi sambutan sangat menggalakkan. Banyak respon positif yang kami terima dan juga banyak belajar perkara2 lain dalam penjualan kek ini seperti saiz kotak dan board yang sesuai, jangka hayat kek (ala2 expiry) dan kesan masuk peti sejuk atau tak. Nanti saya cerita di posting lain yer. Hasil penjualan batch pertama di bulan puasa, ramai yang repeat order untuk raya pula. Jadi mereka boleh la menjamu keluarga dan saudara mara.

Setakat ini, kebanyakan yang membeli daripada kami ialah kenalan2 di pejabat dan saudara mara. Sebab mereka dah pernah rasa betapa sedapnya kek ini. Buat yang belum rasa, jom la cuba. Harga Japanese Cotton Cheesecake kami masih dalam harga mampu milik iaitu RM 30 SAHAJA untuk berat setengah kilogram. Mana nak dapatttt ye takkk?


019-9922250 (ima)
013-3424991 (azali)

Free COD sekitar KLCC, Wangsa Maju, Ulu Klang, dan sekitarnya. Kami juga terima order di sekitar Kuantan secara berkala. Kawasan2 lain di dalam KL atau Selangor boleh dipertimbangkan dengan jumlah order tertentu. Boleh hubungi untuk maklumat lanjut.


No comments:

Post a Comment

article