Monday, October 21, 2013

Khasiat & Kebaikan Alfalfa



Alfalfa Raja Segala Pokok

Kenapa Alfalfa dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan? Ini kerana Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien di mana akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah (panjangnyer!!) mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.


Antara 1001 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

1.    Merawat gangguan pencernaan
2.    Mengawal kolestrol dalam darah

3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh

4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki


Kenapa Alfalfa Shaklee istimewa berbanding produk-produk Alfalfa yang lain?
1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji  
4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
7.  Membersihkan hati dan terbaik untuk membuang toksin (detox)
8.  Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang


Pengalaman saya dengan Alfalfa dan sedikit perbandingan dengan herba Nona Roguy hehehe

Entry saya tak sah kalau tak selit pengalaman sendiri btul x? hehe. Saya mula mengambil Alfalfa sebaik sahaja lepas pantang 40 hari anak ketiga. Sebabnya masa tu saya amik set bersalin Nona Roguy (masa tu frust sikit belum tau ade set bersalin Shaklee). So katanya herba NR tak boleh campur dengan herba-herba lain. Padahal saya dah beli Alfalfa+ESP tu sebelum bersalin lagi untuk membanyakkan susu ibu. Saya excited sangat sebab bila start jer pengambilan Alfalfa. Antara sebabnya:
  • Baby poo poo lebih normal lebih kurang 2-3 kali sehari. Masa makan herba NR, setiap kali tukar pampers, setiap kali tu poo poo (6-7 kali sehari). Walopon baby tak menangis sakit perut ke apa, tapi sedikit risau tu ade sbb memikirkan kenapa setiap kali mesti poo poo. Sian perut baby.
  • Saya dan baby tak menderita berpeluh-peluh seharian. Masa tu boleh dikatakan musim panas dan masa makan NR, kami berdua akan bermandi peluh sampaikan baby demam masa umur 10 hari selama 3 hari walopon fully breastfeed. Saya tak pasti kalo NR sebabnya, tapi inilah adalah hasil pemerhatian saya kerana inilah pengalaman pertama saya ada baby yang demam masa dalam pantang dan kebetulan pulak pengalaman pertama mencuba set bersalin NR.
  • Perubahan yang paling best ialah susu ibu semakin meriah dengan Alfalfa. Susu yang saya pam setip kali pon semakin bertambah jumlahnya. Memang excited sangat. Again, walopon NR cakap herba dia untuk melancarkan susu badan, sekarang saya dah jatuh cinta dengan Alfalfa Shaklee!
Boleh baca lebih lanjut tentang pengalaman menyusu dengan set menyusu Shaklee di sini.


Salah faham tentang Alfalfa Shaklee

Pada botol Shaklee ada statement seperti di bawah ini.
“If pregnant or nursing, ask a health care professional.” (Terjemahan: "Jika mengandung atau menyusu, sila rujuk pakar perubatan")


Eh, kata alfalfa untuk ibu menyusu? Milk booster katanya..tapi kena consult health care plak..bahaya ke sebenarnya Alfalfa ni? Haa ni la nak clearkan segala kemusykilan anda sama ada Alfalfa ni baik atau tidak untuk ibu menyusu. Jangan risauuuu...Alfalfa sebenarnya telah digunakan sejak berzaman lagi sebagai milk booster. Ia memang sudah terkenal di barat dengan fungsinya untuk meningkatkan susu ibu. Kenapa label tu cakap tak sesuai untuk ibu menyusu pulak? Sebenarnya, label tersebut ditulis begitu kerana ujian terhadap alfalfa tak dibuat ke atas ibu mengandung dan menyusu. Menurut undang-undang pelabelan, produk yang mana ujian klinikal tidak dijalankan ke atas golongan hamil dan menyusu bayi, harus memasukkan pernyataan tersebut di dalam labelnya. Shaklee mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan bagi menjaga kredibiliti dan kualitinya. Oleh itu, beberapa produk seperti Alfalfa, Omega Guard dan Vivix dilabelkan sedemikian bagi mematuhi rules & regulation ini. OK? Harap dapat menjelaskan segala kemusykilan anda yer!! :)


Cara makan Alfalfa Complex Shaklee

Kalau di pakcik google ni, anda akan jumpa macam-macam version cara pengambilan Alfalfa Complex Shaklee. Tak kisah macam mana pon, terpulang dan anda bebas mengikut kesukaan anda asalkan mengikut cara yang betul (tu yang bestnyer). Berikut cara-cara makan Alfalfa sebagai panduan tambahan:-
  • Untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan Alfalfa Shaklee ni, cuba mulakan dengan dos yang sedikit seperti 2 biji pagi dan 2 biji tengah hari
  • Bila dirasakan sesuai dengan diri anda, boleh tambahkan dos untuk mencapai kesan yang lebih efektif dan optimum (ingat paling banyak 10 biji je sehari yer)
  • Digalakkan mengambil pada waktu siang kerana pengambilan suplemen memerlukan anda untuk minum banyak air untuk keberkesanannya. Jika anda makan dan tidur, sudah tentulah anda kurang minum air pada waktu tidur anda kan
  • Boleh dimakan ketika perut kosong
  • Tidak digalakkan makan bersama vitamin E kerana boleh mengganggu penyerapan vitamin tersebut
OK lah. Jika ada kemusykilan lagi boleh saja taip2 sikit dan hantar kepada kami. Kami sudi menjawab setakat kami mampu.

Amaran: Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Call/SMS/Whatsapp: 0133424991 (Azali/Ima)
SID: 965181
COD area: Wangsa Maju, Gombak, Hulu Kelang, Ampang, Keramat, Setiawangsa, Setapak, Masjid Jamek, Pasar Seni, Kelana Jaya, Kota Damansara, Taman Melati, Selayang, Sentul, Bukit Antarabangsa dan banyak lagi.

12 comments:

  1. If sy mkn alfalfa siang nk tdo mkn vit e boleh x

    ReplyDelete
  2. Maaf Azie lambat reply. Boleh sebab diambil dari jarak masa yang jauh.

    ReplyDelete
  3. Sy ad mkn habatus sauda jgk..sblm mkn bgn tdw..mcm mna nie??

    ReplyDelete
  4. Sy ad mkn habatus sauda jgk..sblm mkn bgn tdw..mcm mna nie??

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikyaya,
      Tiada masalah mkn alfalfa bsama habatussauda. Hanya herba Nona Roguy yg dnasihatkn supaya tak cmpur dgn herba lain.

      Delete
  5. saya tak mkn produk shaklee tp saya minum air alfalfa yg biasa di jual di kedai2 jamu..adakah air alfalfa yg saya minun tu boleh menperbanyakkan susu badan juga??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shazwina,
      Alfalfa memang sudah lama dikenali sebagai milk booster (memperbanyakkan susu) untuk ibu yang menyusu. Namun begitu, orang yang tidak menyusu juga boleh ambil kerana begitu banyaknya khasiat drpd pokok alfalfa itu sendiri seperti membuang toksin, menyelesaikan masalah dalaman wanita, membantu menguruskan badan dan banyak lagi.

      Namun begitu tidak semua alfalfa adalah sama. Alfalfa yang terdapat di supermarket adalah Alfalfa sprout (biji cambah) manakala ada Alfalfa lain yang ditanam tanpa mementingkan teknologi hijau. Berbeza dengan Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun Alfalfa bermutu tinggi yang ditanam tanpa sebarang pestisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik atau bahan kimia yang lain.

      Boleh whatsapp kami untuk respon yang lebih pantas :) 019-9922250 (ima) atau 013-3424991 (azali)

      Delete
    2. Slm blh k suami sy mkn...dye xde skit cm nk tmbh tenaga jew....brp bji blh mkn

      Delete
    3. Mama Papa
      Boleh je. Patut orang tak sakit lagi patut makan supplemen tuk kekal sihat. Fungsi alfalfa ni juga sebagai detox. Jadi secara tidak langsung memang badan akan terasa bertenaga. Dia takde specify berapa biji boleh makan. Tapi kat botol dia tulis maksimum 10 biji sehari. Kadang2 org diet makan sampai 10 biji sebab dia nak khasiat serat tu. Terpulang pada masing2. Mungkin boleh cuba 2-3 biji dulu. Kalau rasa serasi mungkin boleh tambah dos

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Saya ada baki alfafa complex yg belum habis di makan tp dah expired Nov 2018..Ingin tahu, adakah ianya masih boleh dimakan?

    ReplyDelete

article