Tuesday, January 28, 2014

Bagaimana MENANGANI ANAK-ANAK KECIL MENGAMUK – Dr. Rozieta Shaary

Salam and hola readers,

Saja nak share parenting tip dari blog orang lain yang saya rasa menarik untuk dikongsi terutamanya orang yang ada anak-anak umur 3-6 tahun. Selalu terjadi pada anak saya. Akan cuba untuk mengamalkannya

Full article: Ibu Rose

Saya rumuskan tips yang boleh dilakukan apabila anak mengamuk:
1- Anda duduk dan ambil anak itu, dudukkan dia di atas riba anda dan pegang dia dari belakang seperti gambar di bawah.
Anda boleh membawa kepalanya bersandar di dada anda.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- Bagi yang Muslim boleh membaca ayat Quran dan A’uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda. Bagi yang bukan Muslim, anda boleh membaca doa anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

Jika anak anda tidak mahu dipegang;
1-Anda duduk tidak jauh daripada anak itu.
2-Sebutkan anda sayang dia dan dia boleh merengek dan menangis untuk melepaskan rasa tidak puas hatinya.
3-Katakan bila dia sudah puas, dia boleh datang kepada anda dan dia boleh bercakap dengan baik apa yang dia hendak dan anda akan peluk dia.
4- Bila dia sudah tenang, barulah memberitahu dia bahawa lain kali dia tidak perlu mengamuk lagi, dia hanya perlu datang dan memberitahu anda apa yang dia mahu. Jika boleh anda akan memberi. jika tidak alternatif lain akan difikirkan. Semasa ini juga anda boleh menyatakan bahwa anda juga boleh hilang sabar jika dia suka mengamuk. Namun, berilah tahu dengan tenang tanpa menakut-nakutkan.
Tenang dan kawal diri,itulah kunci untuk menenang dan mengawal anak anda yang suka mengamuk.
Seperkara yang Ibu hendak memberitahu di sini ialah bila anak itu  mengamuk, dia sebenarnya juga takut kepada ‘monster’ di dalam dirinya itu. Itu sebab bila memarahinya bukanlah jalan yang terbaik. Bila anda bijak menangani anak-anak kecil anda mengamuk, apabila anak itu remaja, dia tidak akan lebih tenang dan mudah mendengar kata. 

No comments:

Post a Comment

article