Friday, March 29, 2013

Transaksi Tabung Haji guna Maybank

Beberapa minggu lepas aku baru tau yang Maybank(MBB) dah boleh nak buat transaksi Tabung Haji. Punyala slow pengetahuan am ku!!! Hahaha. Selama ni aku ingat Bank Islam dengan Bank Rakyat jer yang boleh link dengan TH, rupanya MBB pun dah boleh.

Sebabnya ialah selama ni tak menyimpan. Kalau simpan pun, duit tu lepak je dalam almari sampai la satu masa yang aku rasa nak pegi barula aku masukkan dalam TH. Jadi bila lambat simpan ni paham-pahamla, penyudahnya duit tu habis dibelanjakan. Maka tak masuk la TH.

Ada dua cara nak buat transaksi di MBB ni. Satu guna ATM atau CDM. Korang boleh baca sendiri caranya di sini. Kalau ikut kefahaman aku, kena register kat ATM segala maklumat TH dulu. Pastu baru boleh nak masuk duit, keluar duit dan daftar haji. Masuk duit dan keluar duit kena caj RM1.00 setiap transaksi. Daftar haji ni aku tak pasti macamana prosesnya sebab setau aku selama ni nak daftar kena daftar melalui kaunter di TH atau mana-mana bank yang mengambil bahagian. Kalau ikut page m2u tu dia kata boleh register kat ATM. Jadi sapa nak cuba bolehla cuba. 

Cara kedua pulak ialah untuk orang yang nak menyimpan je di TH guna m2u terus. Jadi lebih jimat masa. Tak payah nak beratur panjang-panjang kat kaunter TH. Parking pun belum tau ada lagi. Jadi disini aku nak share cara nak buat transfer guna m2u sebab tak jumpa kat official site m2u.


Add TH sebagai favourite payee



  • Perlu ada akaun maybank dan perlu register untuk m2u. Siapa takde m2u kena register kat ATM dulu
  • Login ke dalam m2u. Klik "Bill Payment" dan kemudia "Add favourite payee". Add favourite payee ni supaya tak payah la nak kena mintak TAC setiap kali nak transfer duit


  • Lepastu pilih "Lembaga Tabung Haji" dan klik continue











  • Masukkan no akaun tabung haji dan nama. Aku rasa nama tu kena ikut IC kot. Takut nanti tak terima bila dah transfer duit. Lepastu tekan register.



  







  • Kemudian tekan request TAC dan masukkan nombor TAC yang diterima melalui SMS dan tekan confirm. Maka dah siaplah pendaftaran akaun TH













Transfer duit ke akaun TH

  • Caranya sama macam nak bayar bil. Klik "Bill Payment" dan lepas tu "Make payment to favourite payee"











  • Pilih "Lembaga Tabung Haji" dan klik continue






  • Masukkan jumlah duit nak transfer dan no IC. Pastikan no IC betul untuk elak transaksi gagal. RM 1.50 akan dikenakan untuk setiap transaksi. Okla tu dari nak kena kuar duit minyak dan masa yang diperlukan nak ke TH. Lepas tu klik je continue sampai sudah. 









Itulah saja caranya. Harap dapat membantu. Selamat mencuba!

11 comments:

  1. sangat membantu.. terima kasih dengan perkongsian ilmu.

    ReplyDelete
  2. Thanks for the good info...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. azali, aku nak try buat ni tapi dalam list payee takda plak dah lembaga tabung haji. camna ko buat boleh ada plak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm..aku rasa ni sebab dulu aku buat posting ni pasal maybank takde link akaun dengan tabung haji.kalau kau gi bawah 'Transfers', ada Tabung Haji kat situ. cumanya nak kena gi mengadap ATM tuk registerkan akaun tabung haji dengan akaun maybank. pastikan bawak buku tabung haji atau amik no siri tabung haji tu. dulu aku dah pegi bawak akaun number je,skali dia mintak no siri buku daaa..terima kasih bagitau. nak kena update la ni. post ni dah tak relevan la plak.hehe

      Delete
    2. no siri buku pun nak juga? seb bek ko bagitau dulu, siang tadi aku dah niat dah nak catat no akaun je pastu trus nak gi ATM tapi tak jadi. ape pun tengkiu la, pasni baru rajin ckit aku nak nyimpan kat tabung haji

      Delete
  5. Sekarang dah tak boleh dah nak add TH sebagai favourite payee. kan?

    ReplyDelete

article