Saturday, October 12, 2013

Kenapa susu awal ibu sikit sangat?


Salam and hola readers,

Topik kali ini memang menarik perhatian ibu-ibu baru dan bakal-bakal ibu di luar sana. Kenapa susu awal ibu sikit sangat yer? 

Susu macam tak nak keluar jer...

Pada peringkat awal kelahiran, pengeluaran susu ibu mengambil sedikit masa dan rangsangan hisapan daripada bayi sendiri (stimulation). Susu awal yang keluar adalah sangat sedikit tetapi sangat berkhasiat. Kenapa begitu? 
  • Kerana saiz perut bayi anak juga sangat kecil sekecil kacang peas. Jadi, jumlah susu anda yang sedikit itu sudah cukup untuk mengenyangkannya. Pada peringkat ini, bayi memerlukan penyusuan yang kerap sekitar setiap 2 jam.
  • Kerana susu awal ibu (sehingga hari ke 5) mengandungi kolostrum yang menjadikannya sangat pekat dan berwarna kekuningan. Kolostrum sangat penting sebagai sumber protein dan juga antibodi pertama bayi.
So, ibu-ibu semua jangan risau dan jangan cepat melatah atau berputus asa. Seboleh-bolehnya jangan beri susu formula kepada bayi disebabkan oleh situasi ini. Ini adalah sangat normal. Boleh rujuk gambar ni untuk dapat gambaran saiz perut baby dan jumlah susu yang diperlukan.



Pengalaman saya...

Pengalaman penyusuan ibu pada peringkat awal ketiga-tiga anak saya sama jer. Mula-mula macam tak keluar je susu tapi terus suapkan juga la. Kalau saya tido baby tido, saya kejutkan (macam misi-misi dan mak-mak kita suruh) untuk bagi susu pada baby setiap 2 jam. Tapi apa terjadi ialah hari ketiga mesti demam bengkak susu. Berdenyut-denyut dan sengal-sengal rasanya. Sebabnya susu nak keluar tapi pengeluarannya belum lancar lagi. Cuba suapkan pada baby tapi baby pon dah kenyang dan asyik tidurrr aje. Masa ni perkara yang penting ialah tuam dengan kain yang dibasahkan dengan air panas/suam dan cuba pam susu. Bila pam, keluar la susu dalam setengah Oz jer (macam botol kedua dalam gambar di atas). Dulu tak kenal lagi Shaklee, maka saya makan panadol. Tu je la penyelesaian terakhir. hehe. Alhamdulillah hari-hari seterusnya dah boleh menyusu seperti biasa malah dah boleh start mengepam untuk kumpul stok (untuk bekalan semasa bekerja nanti).

Alfalfa membantu melancarkan pengeluaran susu

Shaklee Alfalfa dapat membantu melancarkan pengeluaran susu ibu dan mengelakkan bengkak susu. Alfalfa atau nama saintifiknya Medicago Sativa mendapat namanya dari bangsa Arab di Persia yang membawa maksud “Bapa kepada Segala Makanan”. Keunikan utama adalah pada kekuatan akarnya yang mampu meneroka jauh ke dalam tanah sehingga 40 kaki dalam; menghasilkan kadar penyerapan nutrient, vitamin dan mineral lebih tinggi berbanding dengan tumbuhan seumpamanya yang lain. Jangan risau Shaklee Alfalfa adalah dari sumber semulajadi dan selamat untuk ibu menyusu dan baby.  Malah dapat membantu dalam membuang toksin dalam badan dan membantu ibu-ibu lebih cepat kurus selepas bersalin. Boleh baca sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Alfalfa Complex Shaklee dan cara pengambilannya.

Apa tunggu lagi?


Call/SMS/Whatsapp: 0133424991 (Azali/Ima)
SID: 965181
COD area: Wangsa Maju, Gombak, Hulu Kelang, Ampang, Keramat, Setiawangsa, Setapak, Masjid Jamek, Pasar Seni, Kelana Jaya, Kota Damansara, Taman Melati, Selayang dan banyak lagi.




No comments:

Post a Comment

article