- Kita sering terdedah kepada pencemaran alam sekitar – cuba lihat disekeliling kita berapa banyak pencemaran alam sekitar. Beberapa tahun kebelakangan ini saja dan beberapa kali jerebu berlaku di Malaysia. Itu belum kira lagi pencemaran air, bunyi dan pencemaran didalam rantai makanan seperti ikan dan sayur yang mungkin tercemar dan terjejas. Pencemaran2 ini boleh mengundang kepada kerosakan system dalam badan. Supplemen yang kita ambil adalah agar ia dapat digunakan untuk memperbaiki kerosakan2 yang telah berlaku dalam badan kita akibat pencemaran.
- Badan memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrient – Walaupun ada antara kita yang makan dengan seimbang, tapi adakalanya zat yang terkandung tidak mencukupi berbanding keperluan badan. Terdapat juga zat yang diperlukan bada tapi tidak dapat diperolehi melalui makanan seharian kita.
- Gaya hidup tidak sihat – apabila zaman semakin pantas, kita juga akan bekerja dengan pantas agar dapat mengejar perubahan yang berlaku. Ini menyebabkan kita beralih daripada makanan seimbang kepada makanan segera. Kita juga tiada masa atau sanga sedikit masa untuk bersenam. Tekanan pula akan menyebabkan kita menginkan perkara yang tidak sihat seperti pengambilan alcohol dan merokok.
- Gangguan serapan nutrisi daripada makanan – Ramai yang gemarkan makanan dan minuman yang boleh mengganggu serapan nutrisi kedalam badan. Antaranya minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman bergas. Makanan pula yang mempunyai kandungan kolesterol dan lemak yang tinggi.
- Kehilangan nutrient dalam makanan – Kita sedia maklum nahawa di Malaysia, kita suka masakan bergoreng atau memasak makanan terlalu lama. Contohnya, banyak nutrient di dalam ikan akan hilang dan rosak apabila digoreng terlalu lama. Sayur yang dimasak terlalu lama sehingga sangat layu juga akan merosakkan zat2 didalamnya.
Monday, December 23, 2013
Mengapa kita memerlukan seupplemen tambahan?
Tuesday, December 3, 2013
Kelebihan OmegaGuard Shaklee
- Ultra tulen dan gred farmaseutikal - OmegaGuard dibuat dari dengan melakukan penapisan sebanyak 3 kali di peringkat molekul dimana ia mengeluarkan bahan berbahaya seperti mercury dan plumbum yang biasa ditemui dalam banyak jenis ikan terutamanya ikan laut dalam.
- Minyak ikan terbaik didunia - OmegaGuard mengandungi 7 jenis asid lemak omega-3 yang terhasil secara semulajadi; EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. EPA berguna untuk jantung dan sendi sementara DHA adalah bahan kritikal untuk perkembangan otak. Satu hidangan OmegaGuard mengandungi 1000mg asid lemak Omega-3 termasuk DHA dan EPA
Friday, November 29, 2013
Tanda2 kurang zat dalam badan
- Penuaan pramatang – pada badannya atau muka ada tanda2 seperti sudah tua. Pernah tengok orang yang baru berusia 30-an tapi wajahnya seperti 5 atau 10 tahun lebih tua? Atau pernah lihat orang muda tapi banyak beruban?
- Kelesuan – badan sentiasa rasa lesu dan tidak bermaya walaupun selepas makan atau selepas tidur dan berehat. Badan akan rasa letih lebih cepat walaupun hanya melakukan aktiviti ringan
- Mudah mendapat penyakit dan jangkitan – Senang cerita, orang kurang zat memang akan sangat senang sakit. Biasanya batuk, selsema dan demam.
- Rambut gugur – rambut di kepala menjadi semakin halus walaupun pada usia muda
- Osteoporosis – Penyakit tulang rapuh akibat kekurangan kalsium. Biasanya penyakit ini pasti aka nada apibila usia semakin meningkat. Tapi dengan kurangnya pengambilan kalsium, kini penyakit ini dapat dilihat dalam golongan yang lebih muda
- Kulit bermasalah – Kulit tidak cantik, bersisik, eczema, kusam dan sebagainya
Dapatkan supplemen Shaklee, antara yang terbaik didunia hanya daripada kami dengan harga istimewa
Thursday, November 7, 2013
Kenali Vivix dan fungsinya
- Kerosakan DNA – tubuh diserang setiap hari dengan serangan yang boleh merosakkan DNA. Setiap serangan menghasilkan ‘typo’ atau kesilapan dari yang asal yang mana ia akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan dalam Vivix akan melindungi dan memperbaiki selular DNA.
- Pengawalan genetic – menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap selular. Dalam kajian klinikal, Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetic utama yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular.
- Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel – Didalam sel terdapat Mitochondria yang menjana tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan Mitochondria menurun, tahap tenaga akan menurun. Ramuan Vivix akan menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel.
- Penimbunan protein AGE (Advanced Glycation End Products) – Penimbunan protein AGE menyebabkan kerosakan tahap selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Vivix adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan pembentukan protein AGE.
Tuesday, October 29, 2013
Stok Shaklee habis lagi? Kami masih ada sedikit stok. Lai lai lai
Dapat gambar ni hari ni. Beginilah ceritanya Shaklee ni selalu habis stok. Tau kenapa? Tentulah sebab ramai dah tau kebaikan dan keberkesanan produk2 Shaklee.
Tuesday, October 22, 2013
Vita-C Plus 500mg dah ada stok!
- Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya (oo0ooo00ooo inilah yang diorang semua duk sebut-sebut sustained released)
- Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang membantu penyerapan suplemen-suplemen lain
- Kandungan Vitamin C yang tinggi sehingga 500mg setiap biji (sehari makan sebiji je dah cukup)
- Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam (lagi berkaitan kelebihannya yang sustained released)
- Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah
- Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan
Monday, October 21, 2013
Khasiat & Kebaikan Alfalfa
- Baby poo poo lebih normal lebih kurang 2-3 kali sehari. Masa makan herba NR, setiap kali tukar pampers, setiap kali tu poo poo (6-7 kali sehari). Walopon baby tak menangis sakit perut ke apa, tapi sedikit risau tu ade sbb memikirkan kenapa setiap kali mesti poo poo. Sian perut baby.
- Saya dan baby tak menderita berpeluh-peluh seharian. Masa tu boleh dikatakan musim panas dan masa makan NR, kami berdua akan bermandi peluh sampaikan baby demam masa umur 10 hari selama 3 hari walopon fully breastfeed. Saya tak pasti kalo NR sebabnya, tapi inilah adalah hasil pemerhatian saya kerana inilah pengalaman pertama saya ada baby yang demam masa dalam pantang dan kebetulan pulak pengalaman pertama mencuba set bersalin NR.
- Perubahan yang paling best ialah susu ibu semakin meriah dengan Alfalfa. Susu yang saya pam setip kali pon semakin bertambah jumlahnya. Memang excited sangat. Again, walopon NR cakap herba dia untuk melancarkan susu badan, sekarang saya dah jatuh cinta dengan Alfalfa Shaklee!
- Untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan Alfalfa Shaklee ni, cuba mulakan dengan dos yang sedikit seperti 2 biji pagi dan 2 biji tengah hari
- Bila dirasakan sesuai dengan diri anda, boleh tambahkan dos untuk mencapai kesan yang lebih efektif dan optimum (ingat paling banyak 10 biji je sehari yer)
- Digalakkan mengambil pada waktu siang kerana pengambilan suplemen memerlukan anda untuk minum banyak air untuk keberkesanannya. Jika anda makan dan tidur, sudah tentulah anda kurang minum air pada waktu tidur anda kan
- Boleh dimakan ketika perut kosong
- Tidak digalakkan makan bersama vitamin E kerana boleh mengganggu penyerapan vitamin tersebut
Amaran: Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Sunday, October 20, 2013
Promosi Shaklee Collagen Powder Oct 2013!!!
Promosi Shaklee Collagen Powder sehingga 31 October 2013!
- Untuk mengembalikan keanjalan kulit
- hilangkan kedutan
- mengurangkan jeragat dan pigmentasi
- melembapkan kulit
- meningkatkan kesihatan sendi
Beli 6 PERCUMA 1!!!
Jangan malu-malu terus hubungi kami yer selagi stok masih ada. Jangan menyesal kemudian pula :p
Saturday, October 12, 2013
Kenapa susu awal ibu sikit sangat?
Salam and hola readers,
Topik kali ini memang menarik perhatian ibu-ibu baru dan bakal-bakal ibu di luar sana. Kenapa susu awal ibu sikit sangat yer?
Susu macam tak nak keluar jer...
Pada peringkat awal kelahiran, pengeluaran susu ibu mengambil sedikit masa dan rangsangan hisapan daripada bayi sendiri (stimulation). Susu awal yang keluar adalah sangat sedikit tetapi sangat berkhasiat. Kenapa begitu?
- Kerana saiz perut bayi anak juga sangat kecil sekecil kacang peas. Jadi, jumlah susu anda yang sedikit itu sudah cukup untuk mengenyangkannya. Pada peringkat ini, bayi memerlukan penyusuan yang kerap sekitar setiap 2 jam.
- Kerana susu awal ibu (sehingga hari ke 5) mengandungi kolostrum yang menjadikannya sangat pekat dan berwarna kekuningan. Kolostrum sangat penting sebagai sumber protein dan juga antibodi pertama bayi.
Thursday, October 10, 2013
Posting sambil nunggu giliran
Salam and hola readers,
Harini gi Shaklee Wangsa Maju nak beli barang tuk customer. Ngantuk nyer pasal,maka saya pun buatla entry ni.hehehe
Lagipun ni entry first time guna tepon.saje nak test guna app Blogger. Sapa nak try blogging guna fon, download je dari Google Play. Setakat taip 2 perenggan ni okla.hehe
Berbalik pada cite Shaklee, harini gi branch pukul 11 pagi. Dapat nombor 88!!!!! Maka saya buat keputusan tuk datang semula. Maka berangkatlah diri ini ke Cheras untuk beli baju karate baru.yuhuu.
Lepas tu kembali balik ke wangsa maju. Masa tu kul 3 dah. Tau baru nombor brape? 57! Tiga jam baru 20 nombor. Pening.
Pegila solat jap kat surau berdekatan. Alhamdulillah kembali semula nombor dah 71. Rupanya ramai orang dah balik. Beginilah keadaan seharian di Shaklee. Sibuk saja. Maklumla dah ramai orang tau kelebihan Shaklee. Kadang2 sampai abes stok.
Inilah saja entry untuk waktu ini. Sapa2 nak jadi ahli bawah saya bole sms/whatsapp/call 0133424991 atau PM page kami di facebook Shaklee Rocks. Maaf tak dapat buat direct link pasal guna fon.tak habis kaji lagi.
Kelebihan bawah saya? Saya rajin ke wangsa maju pasal dekat dgn rumah. Nanti saya bole belikan barang anda. Anda tak perlu ke wangsa maju dan tak perlu beli online. Dapat jimat duit minyak dan duit pos. Hehe. Ni utk kawasan lembah kelang terpilih saja ye. Utk luar kawasan, pos ikut kos poslaju.Masih jimat jika berat tak sampai sekilo. Maklumat lanjut bole tanya terus ke fb page atau nombor di atas.
Sekian. Sampai ke lain kali. Senyummmm :)
Monday, October 7, 2013
Set Menyusu Shaklee
Salam dan hola readers,
Kali ni ada entry dari wifey lak berkongsi pengalaman guna set susu ibu Shaklee. Happy reading yer. Semoga bermanfaat.
Monday, September 30, 2013
Tips kuruskan badan
Salam and hola readers, nak share poster tips kuruskan badan. Saya amik dari FB Kevin Zahri. Semoga bermanfaat.
Kuruskan badan - Pengalamanku
Salam dan hola readers,
Harini tergerak hati nak share perjalanan hidup selama beberapa bulan dalam misi untuk menurunkan berat badan.hohoho.
Untuk pengetahuan umum, berat asal sebelum memulakan rejim diet ialah 103 kilo. Bapak beratnya!!! Macam2 cara dah usaha, kurangkan makan dan bersenam lebih. Tapi hasilnya turun naik. Tak dapat nak konsisten turun dan maintain kat satu2 berat tu pasal ada kalanya ponteng2 diet. So bila dia naik, nak turunkan sikit punya payah.
Ni haa gambar waktu berat giler. dari depan dari tepi dan bersama wifey. Tembamnyaaa. Rasa macam nak tumbuk2.haha
Thursday, September 26, 2013
Komen di kelas karate yang tak diduga
Tuesday, September 24, 2013
Uji sendiri produk Shaklee, baru yakin nak promo kat orang
- Set kurus - Cinch, lecithin, alfalfa, ESP
- Set sendi - Advanced Joint Health, Omega Guard, Ostematrix
- Set menyusu - Alfalfa, ESP, Vitalea, Ostematrix
- Peppermin-Ginger Plus dan Garlic - Membantu masalah selsema
- ESP, Performance, Mealshake - Puasa dengan sahur ini saja
- Performance - kurang penat dan dahaga ketika senaman
- Mealshake - Eczema baby berkurang dan lebih berselera untuk makan
- Ostematrix - Hilangkan sakit pinggang
Dalam proses melihat hasilnya
- Vivix untuk mama - kesihatan menyeluruh
Kesimpulannya,dengan sinergi supplemen dari Shaklee, dapat membantu dalam pelbagai masalah kesihatan. Cer tanya saya, InsyaAllah saya akan carikan jawapannya. Sudah tentu penyembuhnya Allah juga.
Berminat nak beli atau berminat jadi ahli Shaklee?
Masalah selsema di pagi hari
Saya sejak dua menjak dah start musim hujan ni, tiap2 pagi mesti selsema. Selalunya sampai ke petang. Taktaula pasal apa. Resdungla kot.
Saya tak minat makan ubat klinik pasal kalau ubat selsema yang betul2 berkesan biasanya mengantuk. Sebab banyak benda nak buat, jadi malas la nak makan. Saya pun cuba2 la supplemen Shaklee. Saya cuba dua jenis supplemen saja iaitu Garlic dan Peppermint-Ginger Plus.
Monday, July 29, 2013
Set Kurus Shaklee
Nak perkenalkan set kurus Shaklee. Shaklee ada beberapa produk yang boleh digunakan untuk membantu anda menguruskan badan. Konsepnya boleh saya rumuskan iaitu dengan mengurangkan kalori, membakar lemak dan membuang toksik atau detoksifikasi dari dalam badan. Dengan sinergi ketiga elemen ini, proses untuk menguruskan badan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan berkesan. Saya sendiri dan mencubanya dan hasilnya amat menggembirakan.
- Mengurangkan kalori
- Antara konsep diet ialah dengan mengurankan kalori harian yang anda ambil dalam makan. Secara average, seorang manusia mempunyai keperluan kalori sebanyak 2000 kcal sehari. Maka dengan mengurangkan jumlah kalori yang kita makan sehari, contohnya 1500 kcal, makan 500 kcal lagi akan dihasilkan dari dalam badan anda melalui pembakaran lemak untuk mencukupkan keperluan 2000 kcal sehari tu.
- Untuk mengetahui keperluan kalori anda, bolehla menggunakan formula BMR dan DCR. Nanti saya akan link ke sini. Dengan BMR ini, anda boleh menggurangkan jumlah pengambilan makanan sehari sehingga setengah dari BMR. Tidak digalakkan untuk mengurangkan kalori makanan lebih dari setengah BMR
- Produk yang disarankan ialah Shaklee Cinch. Ia ada 3 perasa yang sedap iaitu Vanilla, Chocolate dan Cafe latte.
- Cinch shake mix mengandungi Leucine™ dimana ia akan mengekalkan jisim otot semasa menurunkan berat badan. Mengapa jisim otot perlu dikekalkan? Ini kerana otot akan mengekalkan paras metabolisma dalam badan. Jika jisim otot berkurang, paras metabolisma akan berkurang dan akan mengurangkan juga keperluan kalori harian anda. Ini akan menyebabkan penurunan berat badan sangat perlahan kerana perbezaan antara keperluan kalori harian dan kalori yang diambil akan mengecil.
- Cinch juga kaya dengan protein yang membantu anda rasa kenyang. Ia juga tinggi kandungan fiber (6 gram per serving)
- Cara menggunakannya ialah dengan mengambil 2 scoop dibancuh dengan susu, susu soya atau air kosong. Minum 2 kali sehari samaada waktu sarapan, tengahari atau makan malam. Maknanya kita hanya makan yang biasa kita makan sekali sehari. Seperti saya, saya kurangkan dos makanan yang biasa ini untuk mempercepatkan keberkesanannya.
- Link Panduan kalori makanan (file PDF Kementerian Kesihatan Malaysia)
Wednesday, July 17, 2013
Masalah angin? - Shaklee Peppermint-Ginger Plus boleh membantu
Dah beberapa hari ni tak sempat nak update blog. Bulan puasa la katakan. Nak share sikit cerita di bulan puasa ni. Saya ni kalau tak makan atau puasa akan ada satu masalah yang kerap melanda orang melayu
Yer angin satu badan. Dalam kes saya ni ia banyak melepak di bahagian perut. Sepanjang puasa akan rasa macam senak2 perut. Bila buka puasa, memang kembung habis ar perut padahal makan sikit ar. Ini menyebabkan badan rasa lemah dan keupayaan nak bergerak berkurang. Lagi2 masa nak solat terawikh. Kalau nak paham cane rasa angin dalam perut tu tengok iklan ENO ni
Friday, July 12, 2013
Mighty 3 Gems - Pengalaman sendiri dan testimoni
Hari Rabu yang lalu telah bermulanya puasa. Malang untuk saya, hari pertama puasa bangun2 tido jer dah 6.15 pagi. Tak sempatla nak sahur. Satu hari rasa letih jer badan tak bermaya.
Hari ke-2, saya sahur air milo+ ESP + Mealshakes + Performance. Lepas tu makan nasi sebesar penumbuk (nak diet ar konon). Lepas sahur tu rasa macam baru buka puasa. Kenyangnya mak aiii takle bayang. Memang tak letih ar sampai berbuka.
Harini pula hari ke-3 puasa, saya test pulak dengan minuman yang sama SAHAJA tanpa makan nasi. Dahla harini kena solat Jumaat. Paham2 jela panas kan. Tapi sekarang dah pukul 6 petang, badan tak rasa lemah dan haus. Eksperimen berhasil!
Harini juga nak share testimoni2 daripada kawan2 yang menggunakan Melshakes, ESP atau Performance di bulan Ramadhan ini.
Di bawah ni sume screenshot dari Whatsapp
Thursday, July 4, 2013
Shaklee ESP dan Performance Drink - Supplemen untuk melalui Ramadhan
Harini nak cite ar sikit berkenaan ESP dan juga Performance Drink. Pada pandangan saya melalui pengalaman yang saya lalui, kedua produk ini amatlah baik untuk diamalkan di bulan puasa yang bakal menjelma minggu hadapan.
- ESP memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
- Menggunakan ESP di dalam diet untuk menurunkan berat badan. Ini kerana ia rendah dari segi Indeks Glisemik (GI). Makanan GI yang rendah akan lambat diuraikan di dalam badan. Kesannya ialah, ia akan dapat mengekal paras glukosa dalam darah lebih lama dimana tenaga yang tersimpan dalam badan juga dapat bertahan lebih lama. Selain itu, ESP juga tinggi dengan kandungan protein dari kacang soya. Untuk lebih kefahaman mengenai GI, boleh tonton video di link ini
Wednesday, July 3, 2013
Promosi Shaklee Julai'13 - GLA Complex, buy 6 free 1
Untuk bulan Julai ni Shaklee ada promosi menarik untuk GLA Complex. Buy 6 free 1. Harga retail untuk satu botol adalah RM 91.25 untuk 60 biji. Tapi dengan promosi yang berlangsung untuk Julai ni, harga retail sebotol boleh menjadi RM78. Tapi jika anda beli dengan saya, saya boleh menawarkan harga yang lebih rendah dari harga retail.
Hubungi saya segera untuk harga yang lebih menarik.
Free COD: Wangsa Maju, Kota Damansara, Masjid Jamek, Pasar Seni, Gombak, Ampang, Kelana Jaya dll
Friday, June 28, 2013
Thursday, June 27, 2013
Shaklee: Status kehalalannya?
Wednesday, June 26, 2013
Pengalaman Guna Shaklee - Performance Drink
Cite skit pasal Performance Drink ni. PD telah dibuktikan secara klinikal untuk menghidrasi badan manusia lebih baik dari air. PD juga mengandungi lebih banyak elektrolit yang memberikan lebih banyak tenaga berbandding minuman tenaga lain. PD mempunyai campuran elektrolit OPTI-LYTE™ dengan campuran karbohidrat yang unik yang memberikan tenaga segera dan lebih lama untuk hidrasi yang optima. Ia terbukti secara klinikal untuk:
- mengurangkan kehilangan cecair untuk hidrasi yang lebih baik
- mengekalkan tahap glukosa dalam darah untuk mengekalkan pengeluaran tenaga dan meningkatkan stamina
- meningkatkan ketahanan badan untuk atlet
- tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau pengawet
Tuesday, June 25, 2013
Kini kami bergelar Shaklee Independent Distributor
Bulan lepas wifey beli banyak geli produk Shaklee. Rasanya lebih dari RM600. Jadi dapatla jadi Independent Distributor free. Sebab asal sebenarnya sebab senang nak beli barang sendiri je. Maklumla kedai Shaklee tu dekat Wangsa Maju jer. 5 minit dari rumah. Bile tengok orang lain yang jadi distributor dapat work from home jer sambil dapat duit riban2, aku pun mendapat ilham untuk menggalakkan wifey cuba wat part time Shaklee ni. Dapat 2-3 ratus pun apa salahnya. Boleh gak buat bayar2 bil.
Jadi kami pun dengan semangatnya pegila menuntut ilmu di sana sini supaya leh start nak jual Shaklee ni kepada masyarakat umum. Alhamdulillah sales bonus bulan depan dapar RM30. Okla sebab baru nak mula. Tu pun sebab beli supplemen tuk diri sendiri. Bulan ni dapat ratus2 kot sebab banyak gak beli bulan ni --$$ mata duitan mode $$-hahaha. Tiba2 wifey pandai plak jual kat orang2 di ofis beliau. Alhamdulillah dapatla 2-3 orang customer. Moga2 mereka istiqamah membeli dengan kami.
Jadi kepada sesiapa yang berminat nak beli barang2 supplemen Shaklee, bolehlah hubungi kami melalui
Call/SMS/Whatsapp: 013-3424991
email: azali82@gmail.com
FB: Azali Musashi
Shaklee ID: 965181 (bawah nama Zaimatul Akmal)
Kami boleh buat free COD (cash on delivery) kepada kebanyakan kawasan di Wangsa Maju, Setapak, Kota Damansara, Kelana Jaya, Ampang dan beberapa kawasan lain juga. Tanya saja, mungkin kami boleh hantar ke tempat anda juga. Kalau jauh sangat, kami juga boleh buat penghantaran pos dengan kos pos ditanggung pembeli.
Kalau sesiapa teringin nak jadi Independant Distributor, bolehla juga hubungi kami. Alhamdulillah group yang kami join ni sangat supportive. Jika betul2 rajin, boleh menjana pendapatan sehingga 5 angka!!!
JOM! JOM! JOM!
Nanti dalam post lain insyaAllah saya nak cerita apa kebaikan mengamalkan produk Shaklee yang kami sekeluarga telah rasai.