Monday, February 15, 2016

Pengurusan Jenazah

Salam dan hola readers,

Hari ahad lepas saya sempat menghadirkan diri ke course Corpse Management. Bunyi cam best tapi kursus pengurusan jenazah je.lol

Suatu pengalaman yang agak menarik sebab bertahun tahun tahun dahulu dah penah pegi kursus pengurusan jenazah ni tapi masa tu kurang praktikal. Masa ahad lepas siap ada praktikal kapankan mayat lagi.

 

Saya rasa itu satu pengalaman yang amat menarik. Penceramahnya pun berpengalaman dalam bidang pengurusan jenazah dan pengisian nya adala unsur2 jenaka. Jadi tidaklah membosankan sanagat.

Cumanya bila saya tengok jumlah kehadiran, rata orang yang hadir ialah orang berusia lebih 40an dan juga remaja. Saya agak remaja2 ni semua anak orang yang hadir tu la. Yang kurang penglibatan ialah orang berumuar 20-40 tahun. Adala 2-3 kerat termasuk saya sendiri. I masih muda uolls. haha. Dimana orang2 lingkungan usia ni? Saya berpendapat orang2 inilah yang patut lebih utama untuk hadir kerana mereka ni lah pelapis2 selepas golongan2 veteran ni dah kurang berupaya. Takkan masih nak mengharap pakcik2 dah 60-70 tahun memandi dan mengkafankan jenazah. orang mudala yang sepatutnya mula mengambil alih tugas ini. 

Rata2 saya perhatikan orang2 muda lebih berminat tuk pergi ke kursus2 dan seminar2 yang bersifat dunia i.e kursus pengurusan kewangan, seminar jutawan, pengurusan masa dan berbagai seminar dan kursus lah



Mungkin mereka tidak sedar atau buat2 tak sedar bahawa pengurusan jenazah ni adalah satu fardhu kifayah. Banyak yang fokus untuk mengumpulkan kekayaan untuk hari tua tapi lupa berkenaan pengurusan masa mati. Bezanya memanglah pengurusan kewangan, kita sendiri yang dapat menguruskan kewangan kita dan mungkin dapat menguruskan kewangan orang lain. Tapi pengurusan jenazah, kita tak dapat menguruskan jenazah kita sendiri. Sentap tak? hihihi

Oklah, di bawah ni saya belanja sikit gambar2 sekitar kursus semalam. Kalau ada kesempatan nanti saya share lah apa yang sempat saya belajar semalam. Sempat ada selfie dengan bakal jenazah lagi.haha
                                        Ceramah dulu. Persediaan kematian     

Dalam bilik mandi jenazah. Sian model jadi mangsa. Hidup2 dah mandi jenazah. Balik umah bau kapur barus dengan cendana. hihi
                  
Camnila rupa persediaan kain kapan tu
Mangsa model kain kapan
Selfie dengan bakal jenazah skit. Harap janganla ada mangkuk pi buat viral kat FB. Nanti keluar hukum selfie dengan jenazah haram. adoiyai

Camni rupa kalau nak solat jenazah beramai-ramai


Ok semua. Selamat beramal. Ingat bahawa Nabi pesan manusia paling bijak ialah yang banyak mengingat kematia. Tata titi tutu







No comments:

Post a Comment

article