Monday, October 26, 2015

Pelaburan KWSP Akaun 1

Salam dan hola readers,

Lama rasanya tak update blog. Slalu rasanya wifey je yang rajin buat blog.

Harini nak cerita pasal pelaburan KWSP Akaun 1. Rata2 saya survey, banyak rupanya orang taktau yang diorang sebenarnya boleh investkan duit dalam Akaun 1 KWSP. Diorang ingat pengeluaran hanya dari Akaun 2. Jadi bila ditanya, dah keluar untuk bayar rumah.

Tujuan KWSP benarkan pengeluaran sebab dia nak ahli tambahkan jumlah simpanan untuk hari tua anda. Contohnya dividen tahunan KWSP selalunya sekirar 5-6% setahun. Dengan pelaburan yang dibenarkan, pulangan boleh mencecah antara 10-15% setahun. Banyak beza tuh!

Tapi kena ingat, bukan boleh dilaburkan dimana2 saja. Hanya institusi2 yang dilantik saja yang dibenarkan untuk transaksi pelaburan ni. Dari banyak2 yang dilantik tu, hanya sesetengah dana saja yang dibenarkan untuk dilaburkan. Maknanya KWSP pon nak jaga duit ahli ni supaya tak hangus dilaburkan ditempat berisiko tingi. Dia hanya bagi labur ke tempat2 yang selamat untuk dilabur dan boleh mendapat pulangan yang baik.

Selain tu, walaupun namanya keluarkan duit dari KWSP, anda tidak sesekali akan dapat merasa duit tu hinggalah usia pengeluaran iaitu 55 tahun. Maknanya duit akan dilabur terus dari KWSP ke institusi2 kewangan. Andai kita dah berusia 55 tahun atau rasa nak jual semula pelaburan tu, duit tu akan disalur semula ke KWSP.

Berapa amaun boleh keluar? Boleh keluar semua ke?

Tak boleh keluar semua. Jumlah yang boleh dilabur hanya setelah menolak jumlah pelaburan asas mengikut umur(rujuk jadual dibawah). Contoh:

Umur: 31 tahun
Pelaburan asas usia 31 tahun: RM 30,000
Jumlah Akaun 1: RM 130,000
Jumlah boleh labur: 130,000 - 30,000 = RM 100,000

TAPI!

KWSP hanya benarkan pengeluaran 20% dari jumlah boleh labur dalam satu2 masa. Maknanya, pelaburan pertama kali hanya sebanyak RM20,000  sahaja. Jadi proses pengeluaran ini boleh dilakukan setiap 3 bulan.

Nak baca lanjut boleh klik link website KWSP dibawah.

Jadi macamana nak keluarkan duit ni? Sonang jo.

1. Carilah orang2 yang layak untuk menguruskan pengeluaran anda dari institusi2 yg terpilih
2. Mereka akan memberikan anda beberapa borang untuk ditandatangan
3. Selepas borang dihantar dan semuanya lulus, transaksi akan berlaku antara KWSP dan institusi kewangan.
4. Dalam 2-3 minggu, anda akan menerima surat dari institusi berkenaan pelaburan anda itu.

InsyaAllah saya adalah salah seorang ejen yang layak dan dilantik oleh CIMB Wealth Advisor (CWA) untuk membantu anda membuat pengeluaran. Apa2 soalan boleh tanya di komen.

Kalau nak baca lanjut boleh baca di website KWSP. Klik sini

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.

8 comments:

  1. Assalam, saya penjawat awam, telah memilih skip pencen, akaaun 2 telah dibuat pengeluaran.. sekiranya saya hendak membuat pelaburan, bolehkah saya menggunakan akaun 1 saya untuk dimasukkan kepada pelaburan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalakumsalam. Pengeluaran untuk pelaburan memang dari akaun 1 sahaja dengan syarat pengeluaran minima lepas tolak simpanan asas dipenuhi seperti yang KWSP tentukan mengikut jadual pengeluaran diatas.Boleh ikut langkah pengiraan macam contoh yang saya beri di atas. Kalau nak saya kirakan pon boleh. cuma perlu beri jumlah Akaun 1 dan umur. boleh whatsapp ke 0133424991 atau email ke azali82@gmail.com :)

      Delete
    2. assalamualaikum... mohon pencerahan lebih berkenaan ini.. saya belum melakukan pengeluarandaropada akaun 2. dan telah memilih skim pencen sebagai pilihan persaraan nanti.. bagaimana cara untuk saya uruskan dengan lebih baik akaun 1 dan akaun 2... wassap saya 01117416371

      Delete
  2. Boleh ke keluarkan duit dari akaun 1 untuk bayar kos guaman bg pembelian rumah pertama (rumah terpakai teres double storey)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang saya tahu, memang boleh keluarkan duit dari akaun 1 untuk tujuan penggunaan perbelanjaan rumah dengan syarat dah sign S&P sebab perlu bawa S&P original & photocopy tunjukkan pada pegawai KWSP. Saya pernah buat sekali. Masa tu nak guna duit untuk beli barang-barang rumah sebelum pindah, pun boleh..

      Delete
    2. Maaf. Pengeluaran dari Akaun 1 hanya untuk pelaburan. Selain itu semuanya akan dikeluarkan dari Akaun 2. Maklumat lanjut rujuk http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/member/member-responsibility/withdrawal/types-of-withdrawals

      Terima kasih

      Delete
  3. Oh ya BETUL2 ! :) Dari akaun 2 je tuk guna kos rumah dll.... terima kasih ADMIN perbetulkan statement saya tu...

    ReplyDelete
  4. Halo, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya maka hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau penggunaan kakitangan. Kami menawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui Whats app +919205646839
    mohanmendcompany01@gmail.com

    BORANG PERMOHONAN PENCEGAHAN PINJAMAN
      ******************************
    1) Nama Penuh:
      2) Jantina:
      3) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
      4) Tempoh Pinjaman:
      5) Negara:
      6) Alamat Rumah:
      7) Nombor Mudah Alih:
      8) Nombor Faks:
      9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
      11) Tarikh Gaji:
      12) Tujuan pinjaman:
      13) Di mana anda mendapat iklan pinjaman kami:
    mohanmendcompany01@gmail.com

    ReplyDelete

article